empty
 
 
Peraduan ratu cantik Miss Insta Asia 2013

Keputusan pertandingan Miss Insta Asia 2013

Pertandingan ratu cantik berbilang negara secara tahunan yang tidak mempunyai sempadan wilayah telah berakhir. Musim 2013 melibatkan lebih daripada 700 wanita dan gadis dari seluruh dunia untuk memberi inspirasi kepada para pedagang untuk pencapaian baru. Hasil keputusan pengundian awam secara atas talian mendedahkan seramai enam pemenang - enam gadis paling cantik, berdasarkan Miss Insta Asia 2013.

Dengan penarafan yang lebih mengagumkan daripada 27,800 mata, menarik Svetlana Vilchinskaya dari Vinnitsa, Ukraine memenangi pertandingan untuk dinobatkan sebagai Miss Insta Asia 2013.

Selain itu, juri pertandingan akan menentukan pemenang dalam kategori khas. Para peserta akhir Miss Insta Asia 2013 akan berkongsi hadiah sejumlah AS$ 40,000 dengan cara berikut:

Svetlana Vilchinskaya – Miss Insta Asia 2013 - hadiah AS$20,000
Dian Kemala – Forex Lady - hadiah AS$8,000
Svetlana Egorova – Miss Posh - hadiah AS$3,000
Nadezhda Frolova – Miss Creativity - hadiah AS$3,000
Anastasiya Boeva – Miss Smile - hadiah AS$3,000
Asel Turzhanova – Miss Spice - Hadiah AS$3,000

Upacara majlis penyampaian hadiah kepada Miss Insta Asia 2013 akan berlangsung pada 16 November 2013 semasa persidangan kewangan tahunan ShowFX di Ekaterinburg 2013.

Nantikan kemaskini dan maklumat terkini dari Miss Insta Asia 2013 dengan melayari laman web rasmi. Pihak Pengurusan Peraduan dan Kempen InstaForex mengucapkan tahniah kepada para peserta atas kemenangan mereka dan mebgucapkan semoga mereka tetap kelihatan cantik, anggun dan menawan sepertimana diri mereka yang sedia ada!

Sekiranya anda tidak bernasib baik dengan Miss Insta Asia 2013, jangan berasa kecewa dengan kekalahan itu! Anda mempunyai peluang yang terbaik untuk menonjolkan diri anda semasa musim kelima bagi pertandingan kecantikan – Miss Insta Asia 2014! Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengirimkan dan memaparkan foto atau video terbaik anda. Lebih banyak anda akan menceritakan tentang diri anda dalam profil tersebut, lebih cerah peluang untuk anda memenangi. Hadiah terkumpul bagi peraduan untuk 2014 akan berjumlah sebanyak AS$ 45,000!

Menang bergaya bersama dengan InstaForex!
Keputusan Pertandingan Sebelum ini:
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget