empty
 
 
Peraduan Kecantikkan Miss Insta Asia 2015

Majlis Penganugerahan Pemenang Miss Insta Asia 2015

Majlis penyampaian anugerah kepada para pemenang peraduan ratu cantik dalam talian Miss Insta Asia 2015 telah diadakan sebagai sebahagian daripada acara persidangan InstaForex tahunan VI di Moscow pada 31 Oktober yang lalu.

Pada tahun ini, gadis-gadis cantik dari pelbagai negara, termasuk Rusia, Kazakhstan, Belarus, Moldova, Ukraine, Slovakia, dan India, telah bertanding untuk merebut gelaran Miss Insta Asia 2015. Para peserta dikehendaki untuk mengisi borang di laman web rasmi peraduan dan memuat naik foto serta video. Pengunjung laman web berpeluang untuk mengundi gadis kegemaran mereka di laman rasmi peraduan Miss Insta Asia dan juga di Instagram mereka.

Kedudukan teratas dikira berdasarkan kepada keputusan pengundian dalam talian, yang telah berakhir pada 1 Oktober, Darya Turaeva berasal dari Rusia, telah muncul sebagai juara dengan jumlah undian tertinggi, sekaligus dinobatkan sebagai Miss Insta Asia baru. Berikut adalah senarai pemenang mengikut kedudukan dan kategori:

  • Darya Turaeva (Rusia), USD 20,000 – Johan
  • Ekaterina Starkova (Rusia), USD 10,000 – Naib johan
  • Elena Sandulyak (Ukraine), USD 5,000 – Tempat Ke-3
  • Adriána Janisková (Slovakia), USD 5,000 – Insta Choice
  • Ekaterina Rogozhina (Ukraine) USD 5,000 – Forex Lady

Pihak pengurusan InstaForex dengan sukacitanya ingin mengingatkan kepada para pelanggan bahawa musim peraduan ratu cantik yang seterusnya, Miss Insta Asia 2016, telah pun bermula. Segera mendaftar sebagai peserta di laman web rasmi peraduan, memuat naik gambar terbaik anda, dan seterusnya merebut peluang untuk menyandang gelaran juara dan hadiah utama. Hadiah keseluruhan bernilai USD 45,000, oleh itu jangan lepaskan peluang dan segera mengambil bahagian. Dengar suara hati dan jadikan impian terbesar anda sebagai satu kenyataan!

Lawati bahagian Keputusan untuk maklumat lanjut, termasuk gambar-gambar sekitar majlis penganugerahan berlangsung, maklumat terkini, liputan fotografi peraduan, dan temu bual bersama pemenang.

Keputusan Pertandingan Sebelum ini:
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget