empty
 
 
12.09.2017 11:47 AM

Kami telah merumuskan keputusan dan menentukan pemenang lima pertandingan InstaForex seperti berikut: One Million Option, Lucky Trader, InstaForex Sniper, Real Scalping, dan FX-1 Rally. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang di atas kemenangan yang gemilang dan kepada peserta yang kurang bernasib baik jangan pernah berputus asa dan teruskan mencuba pada pusingan pertandingan yang akan datang!

FX-1 Rally

Peserta Ihor Berezovskyi dari Ukraine menunjukkan prestasi yang terbaik baru-baru ini dalam peraduan Rally FX-1, sekali gus membuktikan kemahiran dagangan dan reaksi yang tepat. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan berharap beliau akan meraih kemenangan untuk peringkat seterusnya dalam peraduan FX-1 Rally. Sekiranya anda inginkan sebuah persaingan yang sengit dan bersedia untuk perlumbaan yang hebat, anda dialu-alukan untuk memulakan pusingan seterusnya dalam peraduan FX-1Rally! Anda boleh mendaftar untuk perlumbaan terdekat yang akan berlangsung dari pukul 00:00 bertarikh 15 September 2017 hingga 23:59 15 September 2017.

One Million Option

Salah satu pertandingan InstaForex yang paling popular, One Million Option, menarik ramai peserta dalam setiap peringkat, yang bersaing hebat untuk gelaran pilihan terbaik pedagang. Peserta Dmitriy Horzeev memenangi pertandingan terbaru One Million Option. Pusingan seterusnya pertandingan perdagangan pilihan akan bermula pada bulan September 2017 dan berakhir pada 22 September 2017.

Lucky Trader

Hasil kemenangan dan cemerlang dalam dua minggu peraduan Lucky Trader bergantung kepada keyakinan seorang pedagang, berhemat dan tumpuan pada kejayaan. Sekiranya anda berjaya untuk berdagang dengan sempurna selama tempoh masa dua minggu pertandingan, anda boleh menjadi seorang pemenang, sama seperti peserta Oleg Glavatskikh yang melakukannya. Peringkat pertandingan seterusnya bagi Lucky Trader akan bermula pada 18 September 2017 dan akan berlangsung sehingga 29 September 2017.

InstaForex Sniper

Pedagang terpantas dan paling tepat mengambil bahagian dalam pertandingan Sniper InstaForex. Menurut keputusan pertandingan baru-baru ini, peserta Vladimir Belikov adalah yang terbaik. Peringkat pertandingan seterusnya akan bermula pada 18 September 2017 dan berakhir pada 22 September 2017.

Real Scalping

Perdagangan jangka pendek adalah jenis dagangan yang agak rumit yang memerlukan perhatian yang sangat teliti. Kadang-kadang pedagang kurang perhatian, tumpuan, dan kelajuan tindak balas untuk berjaya dalam pertandingan Real Scalping. Kali ini, peserta Anna Mambetova memaparkan semua ciri-ciri ini dan meraih tempat pertama. InstaForex mengucapkan tahniah kepada pemenang dan menjemput para pedagang lain untuk mencuba nasib mereka pada peraduan. Semua pedagang yang bersedia untuk menguji kemahiran mereka boleh mendaftar untuk pertandingan Real Scalping di laman web rasmi InstaForex. Pertandingan seterusnya akan berlangsung dari 2 Oktober 2017 hingga 27 Oktober 2017.

Ketahui lebih lanjut mengenai pertandingan

Gambar dan ulasan peserta akhir

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget