empty
 
 

Mulai sekarang, anda boleh berdagang #Ripple dan #Litecoin dengan InstaForex

29.09.2017 07:42 AM

Pertumbuhan yang pesat dalam pasaran mata wang digital sejak beberapa bulan kebelakangan ini telah mendorong InstaForex untuk menambah senarai instrumen perdagangan dengan menawarkan lebih banyak mata wang krypto seperti Ripple dan Litecoin.

Ripple adalah mata wang dari rangkaian pembayaran global, pertukaran mata wang, dan pengiriman wang. Ripple Transaction Protocol semakin diterima pakai oleh sektor kewangan kerana ia menawarkan bank dengan kaedah urus niaga kewangan global yang lebih selamat, cepat dan hampir bebas dari apa-apa saiz tanpa belanjawan balik di seluruh dunia. Transaksi disahkan dalam masa kurang daripada empat saat. Sistem pembayaran yang cekap ini mampu memproses sehingga 1,000 transaksi sesaat.

Ripple telah dicipta oleh institusi kewangan Asia. Sesetengah bank di Jepun telah menggunakan protokol Ripple. Pada awal tahun 2017, Bank Negara Abu Dhabi (UAE) menunjukkan minat terhadapnya. Nilai Ripple melonjak sebanyak hampir 3,000% kepada $0.2 menjelang musim luruh 2017 daripada $0.0065 pada awal tahun ini. Harga per syiling semakin meningkat. Mata wang krypto itu mendapat sokongan daripada bank-bank yang memberikan pandangan positif, oleh yang demikian Ripple diramalkan akan menjadi instrumen yang terbaik untuk pelaburan jangka panjang.

Instrumen dagangan lain yang telah ditambah ke dalam senarai instrumen perdagangan ialah CFD pada Litecoin, salah satu mata wang krypto yang paling cair. Litecoin merupakan mata wang krypto yang konsisten berada di kedudukan lima teratas dengan permodalan tinggi.

Litecoin dicipta sebagai versi Bitcoin yang lebih baik. Pemaju menghasilkan perbezaan ketara. Berbanding dengan Bitcoin, Litecoin mempunyai masa pengesahan transaksi yang lebih pantas (2.5 minit, 4 kali lebih pantas berbanding Bitcoin) dan kecekapan penyimpanan yang lebih baik.

Instrumen ini telah menimbulkan minat di kalangan pelabur sebagai aset yang menguntungkan untuk jangka panjang.

Instrumen perdagangan baru ini boleh didapati di platform InstaTrader dengan menggunakan # berikut, #Litecoin dan #Ripple.

Paling utama, kelebihan CFD adalah keselamatan. Anda mendapat keuntungan daripada turun naik harga aset. Anda tidak perlu membeli dan menjual mata wang krypto. Oleh yang demikian, anda tidak perlu berasa bimbang bahawa wang anda akan dicuri.

InstaForex sentiasa mengikuti perkembangan terbaru dalam pasaran Forex agar para pelanggan kami boleh mendapatkan perkhidmatan dengan instrumen perdagangan terkini.

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget