empty
 
 

InstaForex Mengambil Bahagian dalam Acara ShowFx Asia di Singapura

30.10.2017 01:42 PM

Sabtu lalu, pada tanggal 21 Oktober, salah sebuah acara forex paling berprestij di Asia, Persidangan Kewangan ShowFx Asia, telah berlangsung di Singapura. Syarikat kami sekali lagi mengambil bahagian dalam persidangan sebagai penaja utama.

Acara kewangan terbesar ini telah diadakan di Hotel Marina Bay Sands, lokasi menarik yang menghimpunkan sejumlah besar pedagang profesional, pakar-pakar perdagangan mata wang, jurulatih perniagaan, dan pakar-pakar kewangan. Tetamu-tetamu persidangan berpeluang untuk menghadiri seminar pendidikan yang disediakan oleh pakar-pakar pasaran kewangan terkemuka. Barisan penceramah utama untuk persidangan kali ini terdiri daripada pedagang persendirian dari Australia, Harsh Japee, pedagang dan pelabur jutawan, Spencer Li, penceramah antarabangsa dan pakar penyelidikan pasaran, Wayne Ko.

Selain itu, para pengunjung yang menghadiri ke seminar turut berpeluang untuk mendengar taklimat daripada penganalisis hebat InstaForex, Harsh Japee, serta bertemu dengan wakil-wakil rasmi syarikat, mendapatkan khidmat nasihat profesional mengenai perkhidmatan terbaru dan membincangkan syarat-syarat program afiliasi. Kesemua peserta persidangan ShowFx Asia, yang mengunjungi gerai InstaForex turut menerima cenderahati berupa produk jenama syarikat. Bagi pengunjung yang bertuah, mereka telah menerima sijil bonus akaun untuk sejumlah besar wang dan peranti mudah alih berteknologi tinggi, Apple iPhone 7 dan Samsung Galaxy Tab A.


Kami dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta persidangan yang mengunjungi gerai kami dan semoga bertemu lagi pada tahun hadapan!

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget