empty
 
 
15.11.2017 01:57 PM

Sepanjang tahun ini, pelanggan InstaForex, pedagang, dan semua peminat kecantikan telah mengikuti peraduan sengit yang disertai oleh gadis-gadis jelita dari seluruh dunia untuk merangkul gelaran Miss Insta Asia 2017. Beribu-ribu orang telah mengundi beratus-ratus peserta. Semua orang amat teruja untuk mengetahui tiga nama pemenang utama dan dua nama pemenang dalam kategori pencalonan khas. Berdasarkan kepada jumlah undian atas talian terbanyak, Yulia Grebennik telah dinobatkan sebagai juara peraduan Miss Insta Asia sekaligus membawa pulang hadiah bernilai AS$20,000. Menariknya, Yulia menduduki kedudukan teratas dalam penarafan interim sejak dari hari pertama pendaftarannya.

Naib juara pula disandang oleh Alyona Dolgopolova dan memenangi hadiah bernilai AS410,000.

Tempat ketiga dengan hadiah bernilai AS$5,000 menjadi milik Tatyana Brovkina.

Selain itu, Olga Mozolevskikh telah diumumkan sebagai yang pemenang bagi kategori Insta Choice. Sementara Olchik Potashkina pula menyandang gelaran Forex Lady. Sebagai ganjaran, setiap daripada mereka menerima hadiah wang tunai AS$5,000.

Peraduan ratu cantik atas talian 2017 telah melabuhkan tirainya. Walau bagaimanapun, kemeriahan peraduan Miss Insta Asia tidak terhenti begitu sahaja. Musim baru bagi Peraduan Miss Insta Asia 2018 telah bermula, kami mengalu-alukan penyertaan dari seluruh dunia. Orang ramai sudah mula mengundi untuk peserta kegemaran mereka. Jangan ragu-ragu untuk mengambil bahagian atau mengundi peserta kegemaran anda sekarang.

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget