empty
 
 
12.12.2017 09:31 AM

Daria Kasatkina – bintang tenis yang semakin meningkat naik dipilih menjadi duta jenama baru InstaForex.

Daria Kasatkina - bintang tenis yang semakin meningkat naik dipilih menjadi duta jenama baru InstaForex. Meskipun masih muda, Daria yang berusia 20 tahun ini telah berjaya membina kariernya dalam sukan tenis sekaligus meletakkan dirinya di kedudukan 30 teratas dunia.

Mencipta rekod kejayaan di dalam dua kejohanan WTA dan tujuh kejohanan ITF perseorangan adalah antara pencapaian utama Daria. Sebelum itu, Daria pernah memenangi kejohanan Junior Grand Slam (Roland Garros-2014) dan merangkul pingat perak dalam 2014 Youth Olympic Games di China. Penyertaan beliau di Final Kremlin Cup-2017 membantu Daria untuk menduduki tangga ke-20 dalam penarafan WTA. InstaForex yakin bahawa Daria Kasatkina akan mencipta lebih banyak kejayaan di masa hadapan, kerana beliau memiliki ciri-ciri utama yang perlu ada pada setiap atlet, iaitu keazaman dan sifat juang yang luar biasa. Pusingan pertama kejohanan di Rome melawan Czech, Barbora Záhlavová-Strýcová, merupakan contoh terbaik. Daria mengalami kecederaan kaki yang teruk, memaksa beliau untuk menarik diri dari menyertai pertandingan. Ini terjadi sebelum Tenis Terbuka Perancis di Roland Garros, walau bagaimanapun staf pelatih tidak memikirkannya, dan memberitahu: "Adalah lebih baik jika awak bersedia untuk Wimbledon." Walau bagaimanapun, Daria bukan sahaja berkeras untuk meneruskan penyertaan dalam kejohanan ini, malah berjaya menunjukkan hasil permainan yang cemerlang dan memenangi dalam dua perlawanan pertama.


Many tough challenges are still waiting for the young athlete ahead. However, InstaForex sincerely believes that it in partnership with the company the new well-deserved victories are awaiting for Daria Kasatkina!

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget