empty
 
 

Kami bersedia untuk mengumumkan keputusan peraduan dari InstaForex!

05.06.2020 11:40 AM

Kami amat berbesar hati ingin mengumumkan nama-nama peserta bertuah yang telah memenangi peraduan dari InstaForex: Chancy Deposit, InstaForex Sniper, One Million Option, FX-1 Rally, Lucky Trader, Real Scalping dan Great Race. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang. Sementara untuk pedagang yang lain, penyertaan anda di dalam pusingan peraduan yang seterusnya adalah sangat dialu-alukan dan semoga berjaya!. Selain itu, mari bersorak untuk mereka yang baru sahaja menyertai peraduan kami!

Chancy Deposit

Peraduan ini diadakan pada setiap bulan. Pada akhir bulan, pemenang bertuah yang dipilih secara rawak akan diumumkan sebagai menang dan menerima hadiah. Kami amat berbesar hati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada finalis dari dua peringkat terakhir: Aleksander Anatolyevitch Fyodorov dari Moldova dan Yury Stepanovitch Vyalitsyn dari Rusia. Apa yang lebih baik daripada mengikuti rutin perdagangan anda dan pada masa yang sama mengambil bahagian dalam cabutan hadiah menarik? Paling penting, jumlah hadiah adalah berbeza pada setiap bulan. Oleh jangan ketinggalan untuk mengikuti berita syarikat dan merebut peluang keemasan ini!

InstaForex Sniper

InstaForex Sniper mengutamakan elemen ketepatan, kesabaran, dan tindak balas yang pantas. Kali ini, Svetlana Pavlovna Troshina dari Rusia dengan cemerlang telah memperlihatkan ciri-ciri berikut. Beliau berjaya menewaskan peserta lain dan muncul sebagai juara. Tahniah kami ucapkan kepada pemenang! Kami ingin mengajak pedagang lain untuk sama-sama menguji ketepatan dan mendaftar untuk menyertai peraduan. Peraduan InstaForex Sniper yang seterusnya dijadualkan akan berlangsung mulai 8 Jun 2020 hingga 12 Jun 2020.

One Million Option by InstaForex

Ini adalah merupakan salah satu peraduan paling popular dari InstaForex. One Million Option menghimpunkan sebilangan besar peserta. Maka tidak hairanlah, peraduan ini selalu disertai dengan semangat dan kegembiraan yang kompetitif. Dalam persaingan yang sengit, peserta bertarung merebut gelaran pedagang terbaik. Kami amat gembira untuk mengumunkan bahawa Glendo Cuico Degumbis, pedagang dari Filipina telah dinobatkan sebagai pemenang bagi pusingan kali ini. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa Peraduan One Million Option dari InstaForex diadakan setiap minggu dari 00:10 pada hari Isnin sehingga 23:50 pada hari Jumaat.

FX-1 Rally

Vladimir Vasilievich Sokoltsov dari Rusia dan Roman Nikolayevitch Blinov dari Ukraine telah berjaya menunjukkan skor terbaik dalam peraduan FX-1 Rally baru-baru ini. Selain daripada ucapan tahniah, kami berharap beliau akan dapat mengekalkan status juruterbang terbaik dalam pusingan yang seterusnya. Jika anda tidak takut untuk berdepan dengan kesukaran dan bersedia untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan yang menakjubkan, anda dialu-alukan untuk menyertai peraduan - selamat datang ke permulaan Rali FX-1 yang seterusnya! Anda boleh mendaftar dan menyertai mana-mana peringkat yang diadakan dari jam 00:00 hingga 23:59. Pendaftaran akan berakhir satu jam sebelum perlumbaan bermula.

Lucky Trader

Stamina dan fokus yang tinggi adalah merupakan kunci kejayaan - ini adalah asas untuk hasil dan kemenangan terbaik dalam maraton Lucky Trader. Sekiranya anda mampu berdagang dengan baik dan memenuhi kesemua syarat peraduan Lucky Trader, anda berpeluang untuk memenangi salah satu peringkat seperti yang ditunjukkan oleh Farcas Martin Iulian pedagang dari Romania. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa pusingan peraduan yang seterusnya akan bermula dari 8 Jun 2020 hingga 19 Jun 2020.

Real Scalping

Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk muncul juara dalam peraduan Real Scalper? Fokus, ketelitian dan mempunyai rasa ingin tahu serta keinginan yang tinggi untuk mempelajari perkara baru adalah ciri-ciri yang perlu ada pada setiap peserta. Sebenarnya, pengalaman adalah guru yang tegas. Sementara faktor lain juga akan membantu anda untuk berjaya: ketekunan, kesabaran, dan usaha. Kali ini, Batyr Orazmyradovitch Hudayguliyev dari Turkmenistan telah muncul sebagai pemenang. Tahniah! Kami amat berbesar hati ingin mengajak semua pedagang lain untuk menyertai peraduan! Pusingan untuk peraduan yang seterusnya akan bermula dari 6 Julai 2020 - 31 Julai 2020.

Great Race

Untuk menyertai peraduan ini, pedagang diminta untuk mendaftar akaun demo baru untuk setiap peringkat. Sebagai tambahan kepada hadiah wang tunai, pemenang di peringkat interim akan diberikan skor bonus yang dapat digunakan di peringkat akhir. Kali ini, Fady Makary Rizk Makary dari Mesir telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang! Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa pusingan peraduan yang seterusnya akan diadakan dari 20 Julai 2020 hingga 21 Ogos 2020.

Semoga berjaya kepada semua peserta!

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget