empty
 
 
16.12.2016 02:11 PM

Pada 3 Disember, 2016, InstaForex telah mengadakan Majlis Makan Malam Perdana 2016 di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Acara ini diiktiraf sebagai salah satu acara paling berprestij dalam dunia kewangan. Tahun ini, sambutan yang diterima begitu menggalakkan sehingga pendaftaran terpaksa ditutup beberapa hari lebih awal. Walau bagaimanapun, 800 orang pelanggan terawal telah berjaya mendapat tempat untuk menyertai acara makan malam paling gilang-gemilang ini.

Dengan menyertai Majlis Makan Malam Perdana InstaForex, setiap pelanggan berpeluang untuk berinteraksi dengan tetamu lain yang mempunyai pandangan dan gaya hidup yang sama, untuk mengembangkan hubungan, dan menambah kenalan perniagaan baru.

Pihak pengurusan InstaForex telah berkerja keras dalam merangka pelbagai program menarik dan menghiburkan. Para tetamu menikmati hidangan makan malam dengan nyanyian merdu yang didendangkan oleh penyanyi popular tanah air, Andy Flop Poppy. Para tetamu juga dilihat terpukau dengan persembahan luar biasa dari ahli silap mata Amar. Suasana Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2016 kemudiannya bertukar gamat dengan gelak tawa tetamu yang ternyata terhibur dengan jenaka spontan yang disampaikan oleh pelawak solo, Rizal van Geyzel.

Walau bagaimanapun, kemeriahan Majlis Makan Malam Perdana InstaForex tidak terhenti disitu sahaja kerana para tetamu disajikan dengan pelbagai kejutan yang menarik. Pihak pengurusan InstaForex telah menjemput, Robbie Fowler, pemain lagenda bola sepak, juga pernah memenangi Piala FA dan UEFA Super Cup. Beliau berkongsi pengalaman kejayaan beliau bersama tetamu yang hadir. Di penghujung acara makan malam, semua tetamu berpeluang untuk menyertai sesi fotografi dan autograf bersama Robbie Fowler.

Majlis ini tidak akan lengkap tanpa acara cabutan bertuah. Pelbagai ganjaran lumayan ditawarlan di antaranya alat peranti moden seperti iPhone 7 Plus, Samsung Galaxy S7 dengan Samsung Gear VR, TV HD Penuh dan komputer riba jenama terkemuka dunia. Selain itu, wakil-wakil InstaForex turut menawarkan sijil bonus yang berjumlah lebih daripada AS$20,000. Salah seorang tetamu yang hadir telah menerima hadiah utama berupa sijil bonus akaun bernilai AS$ 8,000. Untuk acara kemuncak Majlis Makan Malam Perdana 2016, wakil InstaForex telah menyerahkan kunci kepada pemenang kempen Nissan X-Trail dari InstaForex untuk Malaysia, yang telah berakhir pada September, 2016.

InstaForex ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelanggan dan rakan niaga yang telah mengambil bahagian dalam Majlis Makan Malam Perdana InstaForex di Kuala Lumpur pada tahun ini. Kami mengalu-alukan penyertaan anda di acara yang akan datang di ibu negara Malaysia dan di hab kewangan lain.


Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget