empty
 
 
01.12.2016 09:51 AM

InstaForex dengan sukacitanya ingin mengumumkan kepada para pelanggan dan rakan niaga mengenai acara sukan - Duta jenama InstaForex 2011-2012, Magnus Carlsen telah dinobatkan sebagai Juara Catur Dunia kali ke-2

InstaForex dengan sukacitanya ingin mengumumkan kepada para pelanggan dan rakan niaga mengenai acara sukan - Duta jenama InstaForex 2011-2012, Magnus Carlsen telah dinobatkan sebagai Juara Catur Dunia kali ke-2.

Pemain catur profesional dari Rusia, Sergey Karjakin dan Magnus Carlsen berjuang untuk merebut gelaran raja catur selama lebih dua minggu di New York.

Dua belas permainan dengan kawalan masa berakhir dengan seri, yang membawa kepada empat perlawanan waktu penentuan (tie-break) dengan kawalan masa yang lebih ketat.

Semasa waktu penentuan, Magnus berjaya merangkul kemenangan dengan skor 3:1, sekali gus mengekalkan gelaran Juara Catur Dunia.

Karjakin menyifatkan permainan Magnus hampir sempurna.

Semasa menjadi duta untuk jenama InstaForex, Magnus Carlsen telah mengadakan lawatan ke ibu pejabat broker. Bintang catur itu menegaskan perkhidmatan yang berkualiti tinggi daripada syarikat itu dan berkata bahawa perancangan strategik boleh membantu seseorang itu berjaya bukan sahaja di papan catur, tetapi juga lebih daripada itu.

Pasukan InstaForex turut mengucapkan tahniah kepada Magnus Carlsen di atas kemenangan beliau dan mendoakan kejayaan, tuah dan kemenangan baru akan mengiringi perjalanan kariernya!

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget