empty
 
 
22.02.2017 06:05 AM

Kami dengan sukacitanya ingin merumuskan keputusan siri peraduan InstaForex baru-baru ini dan telah bersedia untuk mengumumkan nama-nama pemenang bagi pertandingan berikut: One Million Option, InstaForex Sniper, Lucky Trader, FX-1 Rally, Great Race, dan Real Scalping. InstaForex merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pemenang dan mendoakan kejayaan untuk peserta-peserta lain dalam pusingan peraduan yang seterusnya.

FX-1 Rally

Aleksey Seledtsov berjaya menunjukkan hasil perdagangan yang terbaik dan kemahiran perlumbaan yang mengagumkan dalam peraduan Rally FX-1 bar-baru ini. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang untuk prestasi terbaik serta mendoakan kejayaan beliau dalam pusingan peraduan yang seterusnya. Jika anda ingin merasakan semangat perlumbaan yang mendebarkan, selamat datang ke permulaan FX-1 Rally! Anda boleh mendaftar untuk menyertai perlumbaan yang dijadualkan akan bermula pada 00:00, 24 Februari 2017 dan berakhir pada 23:59, 24 Februari 2017.

One Million Option

One Million Option adalah merupakan salah satu peraduan InstaForex paling popular dan berjaya mengumpulkan ratusan peserta yang berjuang untuk merebut gelaran juara One Million Option. Aleksander Svyatoslavin telah dinobatkan sebagai pemenang untuk pusingan kali ini. Pusingan untuk peraduan One Million Option yang seterusnya akan diadakan pada 27 Feb 2017 hingga 3 Mac 2017.

Lucky Trader

Yakin, bijak dan fokus adalah kunci kejayaan untuk memenangi maraton Lucky Trader. sekiranya anda menunjukkan prestasi dagangan yang terbaik selama dua minggu, anda akan berpeluang untuk diumumkan sebagai pemenang peraduan Lucky Trader, seperti yang dilakukan oleh Vasiliy Sobolevskiy. Pusingan peraduan Lucky Trader yang seterusnya akan bermula pada 6 Mac 2017 dan berakhir pada 17 Mac 2017.

InstaForex Sniper

Peraduan InstaForex Sniper mengumpulkan pedagang yang paling tepat dan pedagangan terpantas. Peserta bersaing untuk merebut hadiah utama. Andrey Ovdak berjaya membuktikan untuk menjadi yang terbaik dalam pusingan peraduan baru-baru ini. Peraduan yang seterusnya akan bermula pada 27 Februari 2017 dan berakhir pada 3 Mac 2017.

Real Scalping

Dagangan jangka pendek adalah sukar dan memerlukan kerja keras dan ketepatan. Tidak semua orang mampu untuk memberikan sepenuh perhatian, fokus dan cepat untuk berjaya dalam dagangan scalping. Walau bagaimanapun, kesemua ciri-ciri ini diperlukan untuk berjaya dalam perdagangan jenis ini. Kali ini, Phuong Thi Xuan Vo telah menunjukkan ciri-ciri yang diperlukan dan menduduki tempat pertama dalam satu lagi peraduan Real Scalping. InstaForex mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengajak kepada pedagang yang lain untuk turut mengambil bahagian dalam pusingan yang seterusnya. Peraduan Scalping Real yang seterusnya dijadualkan akan bermula pada 6 Mac 2017 dan berakhir pada 31 Mac 2017.

Great Race 2017

Kali ini, tuah telah memihak kepada Nazar Rudyi apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang peraduan Great Race 2017 untuk pusingan baru-baru ini. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pemenang dan untuk peserta yang kurang bernasib baik, cuba nasib anda dalam pusingan maraton tahunan.

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan

Foto da komen finalis

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget