empty
 
 

Terma dan Syarat FX-1 Rally

I. Peruntukan umum

  • 1. Peraduan ini dinamakan sebagai FX-1 Rally (selepas ini dirujuk sebagai "Peraduan").

    2. Peraduan ini diadakan oleh Kumpulan InstaFintech (selepas ini dirujuk sebagai "Penganjur").

    3. Peraduan diadakan dalam tempoh 24 jam mulai Jumaat 00:00 hingga Jumaat 23:59.

    4. Jumlah hadiah keseluruhan untuk setiap pusingan peraduan adalah bersamaan dengan AS$1,500 dan diagihkan di kalangan pemenang mengikut prinsip berikut:

    • - Tempat pertama - AS$500;
      - Tempat ke-2 - AS$400;
      - Tempat ke-3 - AS$300;
      - Tempat ke-4 - AS$200;
      - Tempat ke-5 - AS$100.

      Wang ini tidak boleh dikeluarkan, namun keuntungan yang diperoleh dengan menggunakan wang ini adalah dibenarkan untuk tujuan pengeluaran tanpa sebarang sekatan.

    5. Anda boleh mendaftar untuk menyertai peraduan minggu seterusnya pada minggu sebelumnya. Pendaftaran berakhir 1 (satu) jam sebelum peraduan bermula.

II. Peserta

  • 1. Setiap pemegang akaun InstaForex layak untuk mengambil bahagian dalam Peraduan (Peserta) setiap minggu.

    2. Peraduan hanya terbuka kepada pedagang yang cukup umur sahaja (lebih 18 tahun).

    3. Setiap Peserta perlu melepasi prosedur pendaftaran di laman web Syarikat.

    4. Peserta membuka akaun demo baharu untuk setiap pusingan Peraduan.

    5. Peserta bersetuju untuk memberikan data yang benar semasa pendaftaran: Nama penuh peserta hendaklah sepadan dengan maklumat yang dinyatakan dalam dokumen pengenalan dan alamat e-mel yang tersedia.

    6. Sekiranya dikesan terdapat aktiviti daripada dua atau lebih akaun dengan menggunakan alamat IP yang sama, maka pihak pentadbiran berhak untuk membatalkan kelayakan pemiliknya. Dalam kes ini, kami amat mengesyorkan kepada peserta peraduan untuk mengelak daripada menggunakan modem GPRS dan 3G.

    7. Pihak penganjur berhak untuk menolak pendaftaran mana-mana peserta tanpa menjelaskan sebabnya atau membatalkan kelayakan mana-mana peserta semasa Peraduan atau selepas Peraduan tamat dengan penjelasan. Alasan untuk kehilangan kelayakan boleh menjadi pembukaan pesanan yang bertentangan volum besar dengan pasangan mata wang yang sama pada akaun dagangan berbeza pada masa yang lebih kurang sama, serta penggunaan ralat dalam aliran sebut harga untuk mendapatkan jaminan keuntungan.

    8. Peserta menerima semua syarat dan peraturan yang dikenakan dalam Peraduan.

    9. Menggunakan akaun saudara semasa Peraduan adalah dilarang. Sekiranya terdapat maklumat pendaftaran yang dinyatakan oleh Peserta bertepatan dengan data Peserta lain, maka pihak Syarikat boleh menganggapnya sebagai alasan untuk Peserta hilang kelayakan.

III. Syarat Dagangan

  • 1. Selepas lulus proses pendaftaran, Peserta akan mempunyai akaun demo.

    2. Deposit permulaan adalah AS$40,000 untuk semua Peserta dan ia tidak boleh ditukar.

    3. Leverage 1:500.

    4. Semua pesanan yang dibuat pada harga bukan pasaran adalah tertakluk kepada pembatalan. Pihak Pentadbiran Peraduan berhak untuk membatalkan kelayakan akaun sekiranya ia digunakan untuk berdagang dengan sebut harga bukan pasaran.

    5. Peserta boleh menggunakan mana-mana penasihat dagangan dan strategi dagangan.

    6. Pasangan mata wang utama dan silang forex adalah satu-satunya instrumen dagangan yang tersedia untuk peraduan.

    7. Saiz minimum dagangan ialah 0.01 lot, manakala saiz maksimum dagangan ialah 10 lot.

    8. Peserta boleh menjadikan akaun dagangan sebagai akaun bebas-Swap dengan menghubungi Jabatan Khidmat Sokongan.

    9. Bilangan maksimum dagangan terbuka termasuk pesanan tertunda (pending order) ialah 7.

    10. Tahap Stop out ialah 10%.

    11. Syarat dagangan lain adalah sama dengan syarat yang dikenakan dalam peraduan InstaForex lain.

IV. Pengumuman Keputusan

  • 1. Baki akaun Peserta tersedia di laman web Penganjur sepanjang tempoh Peraduan.

    2. Penganjur berhak untuk mengumumkan keputusan selepas Peraduan tamat.

    3. Data kediaman Peserta juga boleh diterbitkan.

    4. Keputusan Peraduan akan diumumkan dalam masa 14 hari dari tarikh Peraduan tamat selepas semua penyiasatan selesai.

V. Penentuan Pemenang

  • 1. Dagangan ditutup secara automatik pada kadar semasa selama 10 minit selepas tamat Peraduan. Peserta mengakui bahawa harga penutupan mungkin berbeza-beza disebabkan oleh perbezaan beberapa minit semasa penutupan. Swap terakru juga diambil kira dalam menentukan pemenang.

    2. Selepas Peraduan tamat, Peserta dengan deposit tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang.

    3. Sekiranya terdapat dua Peserta dengan jumlah deposit yang sama, Penganjur hendaklah memutuskan siapa yang akan muncul juara.

    4. Peserta Peraduan bersetuju untuk menerbitkan nama penuh mereka.

    5. Peserta tidak berhak untuk menerima dua hadiah dalam tempoh sebulan. Sekiranya Peserta menerima hadiah lebih daripada sekali dalam sebulan, maka akaunnya akan terkeluar daripada Peraduan dan julat hadiah beralih ke bawah bermula dari tempatnya.

    6. Untuk memenangi hadiah, setiap pemenang hendaklah memenuhi syarat berikut: sekurang-kurangnya 5% daripada jumlah keuntungan perlu diperolehi daripada keputusan dagangan GBPUSD dan 5% daripada jumlah keuntungan daripada keputusan dagangan GBPJPY.

    7. Penganjur berhak untuk menolak permintaan pendaftaran Peserta tanpa alasan dan membatalkan kelayakan Peserta, sama ada semasa Peraduan atau selepas ia tamat, atas bukti langsung atau tidak langsung percubaan aktiviti penipuan melibatkan dana hadiah.

    8. Syarikat berhak untuk menolak untuk mengkreditkan wang hadiah jika Peserta mengumpul hadiah pada satu atau beberapa akaun.

VI. Pengambilan Hadiah

  • 1. Pemenang harus membuka dan mengesahkan akaun dagangan nyata mereka dalam masa 30 hari selepas keputusan peraduan diumumkan.

    2. Dana hadiah akan dikreditkan ke akaun dagangan nyata yang disahkan dan dibuka oleh pemenang.

    3. Pemenang mengakui liabiliti untuk sebarang aktiviti pada akaun yang dibuka oleh Pentadbiran Peraduan dan Kempen atau oleh pemenang sendiri yang terletak dalam skop perjanjian dan peraturan Kumpulan InstaFintech.

    4. Hadiah wang tidak boleh dikeluarkan, walau bagaimanapun, keuntungan yang diperolehi daripada jumlah hadiah boleh dikeluarkan tanpa sebarang sekatan.

    5. Penganjur berhak untuk mengisytiharkan mana-mana hadiah yang telah diberikan sebagai tidak sah dan tertakluk kepada pembatalan atas bukti langsung atau tidak langsung tentang percubaan aktiviti penipuan melibatkan dana hadiah.

    6. Akaun dagangan akan dicaj secara automatik semasa permohonan untuk pengeluaran dibuat. Semasa proses pertimbangan, pakar permohonan akan memastikan bahawa baki dan kadar bebas margin mematuhi jumlah dana yang tersedia untuk pengeluaran. Sekiranya tidak, jumlah yang dinyatakan dalam permohonan pengeluaran akan dikreditkan semula ke akaun.

    7. Pemenang bersetuju bahawa selepas pengeluaran dibuat, hadiah akan dibatalkan dalam jumlah penuh.

VII. Bahasa

  • 1. Bahasa peraduan semasa ialah bahasa Inggeris.

    2. Untuk kemudahan Peserta, pihak Penganjur boleh menyediakan peraduan dalam bahasa yang berbeza daripada bahasa Inggeris. Versi terjemahan peraduan hanya sekadar maklumat.

    3. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi terjemahan dan peraturan dalam bahasa Inggeris, maka peraturan dalam bahasa Inggeris akan dianggap sebagai standard rujukan.

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget