Soalan kewangan

Apakah pilihan pembayaran yang tersedia di InstaForex?

Anda boleh menambah akaun dagangan anda melalui RBKMoney, Qiwi, MoneyBookers/Skrill, Neteller, Yandex.Money, Z-Payment, kad Visa, kad MasterCard, dan melalui pemindahan wang. Anda juga boleh membayar secara tunai di pejabat perwakilan kami. Pilihan yang sama juga boleh didapati bagi proses pengeluaran wang dari akaun dagangan anda.


Adakah pihak syarikat mengenakan sebarang bayaran untuk proses pendepositan wang ke dalam akaun anda?

Pihak syarikat tidak mengenakan sebarang bayaran untuk proses pendepositan wang ke dalam akaun perdagangan anda. Walau bagaimanapun, jumlah transaksi anda akan dikenakan komisen oleh sistem pembayaran atau pihak bank untuk setiap proses kredit atau debit pada akaun anda.


Berapa lama masa yang diambil untuk menambah akaun dagangan?

Pendepositan melalui BKMoney, Z-Payment, OnPay adalah serta-merta, manakala ia akan mengambil masa kira-kira 15 minit sekiranya memilih sistem pembayaran Qiwi. Yandex.Money memerlukan kira-kira 3 jam; Visa dan MasterCard kad, sehingga 24 jam mengikut kaedah pembayaran yang dipilih. Menambah nilai melalui MoneyBookers/Skrill dan Neteller juga mengambil masa sehingga 24 jam. Menambah dana akaun dagangan anda secara tunai di pejabat perwakilan kami akan mengambil masa 1 hingga 4 jam. Manakala untuk pemindahan bank, ia mungkin mengambil masa maksimum 4 hari.


Berapa lama masa yang diambil untuk mengeluarkan wang dari akaun dagangan?

Pengeluaran wang melalui sistem Qiwi, MoneyBookers/Skrill dan lain-lain kaedah pembayaran atas talian mengambil masa 1 hingga 7 jam. Proses pengeluaran wang melalui pindahan bank pula mengambil masa 2 hingga 4 hari. Pengeluaran wang melalui kad Visa mengambil masa 1 hingga 6 hari bekerja.


What is the minimum withdrawal amount?

There are no limits to withdrawal. You can always request the withdrawal of any remaining amount on your trading account. The exception includes bank wire (minimum amount for withdrawal is 300$). For wallets, electronic payment systems and bank cards - minimum amount for withdrawal is 1 USD, including commission. Also please pay attention to the commission which a bank can charge for an operation: up to 30 US dollars.


Berapakah jumlah deposit minimum?

Deposit minimum adalah 1 dolar Amerika Syarikat.


Apakah langkah-langkah yang perlu saya ambil sekiranya saya kehilangan beberapa maklumat dan menyebabkan saya gagal menggunakan maklumat yang sama untuk transaksi pengeluaran dan deposit?

Untuk menukar maklumat dalam sistem pembayaran, anda perlu mengisi borang F1 dan menghantarkan salinan imbasan ID anda kepada change_requisites@mail.instaforex.com.


Senarai topik
Pelayan Perdagangan InstaForex

Apa alamat IP yang digunakan oleh pelayan perdagangan Syarikat InstaForex?

Pelanggan Syarikat InstaForex berpeluang besar untuk memilih mana-mana daripada 10 pelayan perdagangan yang dicadangkan untuk berdagang.

Ketika mendaftarkan akaun perdagangan dengan InstaForex, anda akan berpeluang untuk memilih pelayan untuk akaun anda. Semua pelayan tersedia untuk akaun perdagangan yang dibuka dengan InstaForex adalah seperti berikut:

pelayan di Amerika Syarikat dengan alamat InstaForex-USA.com atau 174.36.56.108:443 boleh digunakan untuk nombor akaun dagangan 10.000-1.000.000;

pelayan di Amerika Syarikat dengan alamat InstaForex-USA2.com atau 5.9.152.23:443 boleh digunakan untuk nombor akaun dagangan bermula dari 8.000.000;

pelayan di Singapura dengan alamat InstaForex-Singapore.com atau 111.235.136.17:443 (75.126.185.122:443) boleh digunakan untuk nombor akaun dagangan bermula dari 7.000.000;

pelayan di Netherlands dengan alamat InstaForex-EUROPE.com atau 173.192.99.66:443 boleh digunakan untuk nombor akaun dagangan bermula dari 5.000.000 hingga 6.000.000;

server di Hong Kong dengan alamat InstaForex-HongKong.com atau 88.198.19.179:443 boleh digunakan untuk nombor akaun dagangan bermula dari 1.000.000 hingga 2.000.000;

pelayan di Great Britain dengan alamat InstaForex-UK.com atau 188.138.48.84:443 boleh digunakan untuk nombor akaun dagangan bermula dari 2.000.000 hingga 3.000.000;

pelayan untuk akaun sen dengan alamat InstaForex-Cent.com atau 46.4.101.5:443 boleh digunakan untuk nombor akaun dagangan bermula dari 3.000.000 hingga 3.500.000;

pelayan untuk akaun sen dengan alamat InstaForex-Cent2.com atau 50.23.255.158:443 boleh digunakan untuk nombor akaun dagangan bermula dari 3.500.000 hingga 4.000.000.

Sewaktu proses pendaftaran akaun demo, nyatakan salah satu pelayan yang berikut::

pelayan untuk peraduan yang mempunyai alamat InstaForex-Contest.com atau 173.192.99.81:443 boleh digunakan untuk nombor akaun dagangan bermula dari 65.000.000;

pelayan untuk akaun demo lain yang mempunyai alamat InstaForex-Demo.com atau 67.228.75.131:443.


Senarai topik
Terma dan syarat-syarat perdagangan

Kenapa InstaForex menggunakan 10000 lot dan bukannya standard 100000?

Syarikat InstaForex memberikan peluang kepada para pelangganya untuk berdagang di dalam pasaran Forex dengan menggunakan tiga jenis akaun sekaligus: Mikro Forex, Mini Forex, Standard Forex. Dalam usaha untuk menjadikan teknologi ini sesuatu yang relevan, lot 10000 bukan standard telah diperkenalkan, yang menjadikan harga pip bersamaan dengan $ 0.01 dalam perdagangan 0.01 lot, minimum. Ia membolehkan $ 5,000- $ 10,000 pemegang akaun dagangan untuk mengawal risiko mereka dengan lebih efektif. Pada masa yang sama, saiz lot 10,000 menjadikan pengiraan harga pip lebih mudah.

Sila rujuk maklumat di bawah:
0.01 lot tawaran InstaForex = $ 0.01 harga pip
0.1 lot tawaran InstaForex = $ 0.1 harga pip
1 lot tawaran InstaForex = $ 1 harga pip
10 lot tawaran InstaForex = $ 10 harga pip
100 lot tawaran InstaForex = $ 100 harga pip

1000 lot tawaran InstaForex = $ 1000 harga pip

Pengiraan yang mudah dan kemungkinan untuk menggabungkan ketiga-tiga tahap perdagangan Forex ke dalam satu akaun dagangan InstaForex memberikan pelbagai kelebihan yang tidak dapat dinafikan untuk syarat dagangan InstaForex.


Apakah yang dimaksudkan dengan leverage?

Leverage adalah nisbah jumlah margin dengan jumlah yang dipinjam: 1: 100, 1: 200, 1: 1000. 1: 100 yang bermaksud, untuk membuka perdagangan, anda perlu mempunyai jumlah 100 kali lebih kecil daripada jumlah perdagangan. Dengan Syarikat InstaForex, anda boleh memilih leverage dari 1: 1 hingga 1: 1000.


Mengapa saya tidak boleh melihat kesemua simbol yang terdapat di tetingkap Market Watch?

Jumlah simbol yang anda lihat telah ditetapkan di tetapan platform anda. Sekiranya anda ingin menambah senarai sebut harga, sila klik kanan pada tetingkap Market Watch dan pilih "Papar semua simbol".


Adakah anda menaikkan spread sewaktu pengumuman berita?

InstaForex tidak menaikkan spread sewaktu siaran berita. Setiap pedagang yakin bahawa terma dan syarat-syarat perdagangan akan kekal stabil walaupun ketika pengumuman berita.


Bolehkah saya menggunakan penasihat pakar? Adakah saya akan dikenakan sebarang sekatan?

Tiada sebarang sekatan dikenakan untuk penggunaan penasihat pakar..


Adakah mungkin seseorang pedagang itu berhutang wang dengan pihak syarikat?

Tidak, ia adalah mustahil. Jika seseorang pedagang itu mengalami kerugian besar dan melebihi daripada jumlah dana di dalam akaun dagangan, syarikat mesti melindungi kerugian kepada 0.


Adakah terdapat perbezaan di antara akaun demo dan akaun nyata?

Tiada perbezaan pada syarat perdagangan dan instrumen perdagangan. Perdagangan akaun demo adalah sama dengan akaun nyata, kecuali ketiadaan pilihan deposit dan pengeluaran bagi akaun demo.


Berapakan jumlah deposit minimum?

Jumlah deposit minimum adalah $ 1, dan ia membolehkan anda untuk membuka perdagangan pada mana-mana instrumen.


Bagaimana untuk mengira jumlah margin perdagangan?

Jumlah margin adalah bersamaan dengan jumlah perdagangan yang dibahagikan dengan leverage. Jumlah perdagangan adalah bersamaan dengan 10 000 Dolar AS dan didarab dengan jumlah lot dan dengan kadar pertukaran mata wang asas dalam pasangan USD. Mata wang asas adalah mata wang pertama pada pasangan mata wang. Sebagai contoh, bagi pasangan EUR/USD mata wang asasnya adalah EUR (selepas itu, kadar pertukaran perdagangan kepada Dolar Amerika Syarikat adalah EURUSD), dalam USDCAD - USD (kadar pertukaran perdagangan kepada Dolar AS adalah bersamaan 1, kerana USD/USD = 1), dan bagi pasangan mata wang GBPJPY - mata wang asas adalah GBP (kadar pertukaran perdagangan kepada Dolar Amerika Syarikat adalah sama dengan kadar pertukaran GBP/USD atau kadar pertukaran GBPUSD). Oleh itu, apabila kadar pertukaran GBPUSD bersamaan dengan 1.4956 dalam 2 lot perdagangan dengan leverage 1: 100, margin akan menjadi 10 000 * 2 * GBPUSD/100 = 299.12 USD. Untuk perdagangan 3.4 lot pada pasangan mata wang USDJPY dengan leverage 1: 1000, margin adalah bersamaan dengan 10 000 * 3.5 * 1/1000 = 3.5 USD.

Untuk kemudahan pelanggan kami, kami telah menambah Kalkulator Forex di laman web kami.


Bagaimana untuk mendapatkan Welcome Bonus?

Sila ikuti pautan ini untuk mendapatkan Welcome Bonus..


Adakah anda ada menawarkan akaun perdagangan mikro dan mini?

Ya, kami ada menawarkan akaun perdagangan mikro dan mini. Walau bagaimanapun, perdagangan akaun InstaForex dilaksanakan dengan lot mikro dan mini. Ini bermakna bahawa anda boleh berdagang dengan 0.01 lot, yang mana ia adalah bersamaan dengan akaun mikro.


Bagaimana saya boleh menukar leverage saya?

Anda boleh menukar leverage anda di bahagian Kabinet Pelanggan. Sekiranya anda gagal untuk menukar leberage anda di kabinet pelanggan, sila hantarkan e-mel ke clients@instaforex.com atau support@instaforex.com dengan maklumat berikut: nombor akaun dagangan, kata laluan telefon dan leverage yang anda mahukan. Anda juga boleh menghubungi Khidmat Sokongan Pelanggan melalui Live Chat, Yahoo, Skype, ICQ beserta dengan maklumat seperti yang dinyatakan di atas.


Saya terlupa kata laluan pedagang atau PIN kod (atau saya ingin menukar kata laluan pedagang saya atau PIN kod). Apa yang perlu saya lakukan?

Kata laluan pedagang boleh ditukar di bahagian Kabinet Pelanggan atau dalam tetapan platform MetaTrader..

Anda juga boleh menukar kata laluan pedagang itu dengan menghantarkan permohonan kepada khidmat Sokongan Pelanggan beserta dengan maklumat yang berikut: nombor akaun, kata laluan telefon dan kata laluan pedagang baru (huruf Latin, dari 6 hingga 12 simbol).

Jika anda terlupa atau kehilangan kata laluan telefon, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami melalui e-mel support@instaforex.com atau clients@instaforex.com, sila lampirkan bersama salinan imbasan ID, lesen memandu dan nyatakan situasi pemberian semula nombor akaun. Kata laluan telefon akan diperolehi semula atau diubah mengikut kepada budi bicara anda.

Untuk mendapatkan semula/menukar PIN kod, anda perlu menghantarkan e-mel kepada clients@instaforex.com atau support@instaforex.com beserta dengan lampiran maklumat berikut: nombor akaun perdagangan, kod PIN (nombor atau angka dan huruf) dan salinan imbasan ID/lesen memandu.


Bolehkah saya membuka beberapa akaun dagangan di bawah satu nama?

Ya, anda boleh berbuat sedemikian. Tiada sebarang sekatan dikenakan ke atas bilangan akaun nyata dan demo di bawah satu nama.


Adakah benar bahawa saya boleh berdagang hanya 8 lot maksimum dalam MetaTrader?

Tidak, anda boleh memasukkan jumlah lot yang anda mahukan (sehingga 10000).


Adakah benar bahawa saya hanya boleh berdagang maksimum 8 lot di dalam MetaTrader?

Tidak benar, anda boleh memasukkan seberapa banyak lot (sehingga 10000).


Senarai topik
Differences between MetaTrader 4 and MetaTrader 5

MetaTrader is a trading platform, which came as a breakthrough in online trading technologies in 2001. Since then, it has won favor with a lot of traders. For 14 years, MetaQuotes Software, a developer of the trading platform, has streamlined the trading software and made its operation flawless. Nowadays, the most popular versions of the trading platform are MetaTrader 4 and MetaTrader 5. There are notable differences between the fourth and fifth versions of the trading software in terms of a time of their release and the contents. Besides, the trading platforms differ in the ways how trading is managed. Let’s get more insights into important differences between these two popular trading platforms.

№ п/пFeatures for comparisonMetaTrader 4MetaTrader 5
1DownloadDownloading is simple and does not take much time. A trader needs to fill in a server’s web address of a brokerage company, which is chosen to open a trading account.Downloading is simple and does not take much time. A trader needs to fill in a server’s web address of a brokerage company, which is chosen to open a trading account.
2Charts displayedThe number of charts which can be displayed in parallel is unlimited. Trading is available on a tick chart.The number of charts which can be displayed in parallel is unlimited. Trading is available on a tick chart.
3Number of time frames9 time frames21 time frames
4Fundamental analysis to trade the newsThe economic calendar is unavailable by default. However, extra plug-ins can be installed.The trading platform contains the economic calendar, which includes market moving events, fundamental data, forecasts etc.
5Technical indicators, graphic patterns, and analytic objects30 technical indicators,
unavailable,
unavailable
38 technical indicators,
46 graphic patterns,
22 analytic objects
6Forex advisorsMetaTrader 4 editor
Strategy Tester 4
These products are compatible only with the 4th version of a trading platform, created by the MQL4 language.
MetaTrader 5 editor
Strategy Tester 5
Strategy Tester Agent Manager 5
These advanced products are upgraded and compatible only with the 5th version of a trading platform. They are written by the MQL5 language. It is more complicated to develop Expert Advisors in Meta Trader 5.
7Types and number of ordersMarket orders – 2
Pending orders – 4
Stop orders - 2
Market orders – 2
Pending orders – 6
Stop orders - 2
8LevelsA trader can open any number of orders on the same trading instrument in the same direction, but they will be displayed on different charts. So a trader has to work with each order separately.A trader can open any number of orders in the same direction. However, they will coincide on a chart and will be displayed as a single position.
9Buying extra MQL productsExtra MQL products can be bought through the MQL web site (MQL4.com). The 4th version of a trading platform does not provide automatic access to this web portal.Extra MQL products can be bought through a special sub-menu as part of an interface. So, traders do not have to visit the MQL web site.
10LockingA trader can lock opposite positions.It is impossible to lock opposite positions.
11Trading strategies (hedging, FIFO (First in, first out) etc.Convenient trading conditions are ensured by permission to use all trading techniques and strategies.Hedging is not allowed. FIFO is used by default.
12Number of usersThe number of brokers trading through the 4th version exceeds the number of those who prefer the 5th version.A much fewer number of brokers offer their clients online trading services through MetaTrader 5.
13MarketsInstruments traded on Forex, futures, options, securities etc.Popular instruments traded on Forex, metals, shares.
14Market depthUnavailableAvailable
15InterfaceSimple and user-friendly. The 4th version includes popular options like One Click Trading and Drag and Drop.The interface has been streamlined. The layout has been notably updated. Popular options like One Click Trading and Drag and Drop are available in the 5th version. The search option has been added. Analytical content is provided in the Market overview window.
16Client AreaAll services of Client Cabinet are available to a trader.Client Cabinet is unavailable for accounts on MetaTrader 5. A trader makes a deposit and withdraws money through a broker’s official web site.
Senarai topik
Program Afiliasi

Berapakah komisen yang saya akan dapat jika saya menjadi rakan niaga anda?

Anda akan mendapat 1.5 pip bagi setiap dagangan. Ini adalah amalan amalan standard diseluruh dunia..


Bagaimana saya boleh merujuk pelanggan?

Selepas anda membuka akaun afiliasi (yang juga boleh didapati untuk perdagangan), anda boleh merujuk pelanggan dengan menghantar mereka pautan afiliasi anda. Apabila mereka klik pada pautan afiliasi dan membuka akaun perdagangan, mereka akan direkodkan sebagai rujukan anda. Anda juga boleh menyebarkan maklumat di kalangan rakan-rakan. Cara lain adalah dengan memberitahu mereka kod afiliasi anda (dimana rakan anda perlu masukkan kod afiliasi ini semasa mendaftar akaun perdagangan), atau meminta mereka untuk menghantarkan e-mel beserta dengan nama penuh, nombor akaun dan nombor akaun afiliasi anda kepada eng.partners@instaforex.com. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai program-program afiliasi syarikat di bahagian laman web kami.


Adakah terdapat sekatan ke atas pengeluaran komisen afiliasi?

Tidak, tidak ada sebarang sekatan.


Apakah syarat-syarat untuk mendaftar dengan program afiliasi?

Tiada syarat-syarat spesifik. Anda boleh merujuk pelanggan dengan menyebarkan maklumat di kalangan rakan-rakan anda, dan juga bekerja sebagai wakil InstaForex di kawasan anda.


Senarai topik
Sistem PAMM

Apakah maklumat hubungan PAMM yang perlu saya masukkan selepas mendaftar dengan sistem PAMM dan ia bertujuan untuk apa?

Maklumat ini boleh didapati untuk kontraktor pelaburan anda. Apabila anda menerima permohonan pelaburan, maklumat ini akan kelihatan untuk anda dan sebaliknya. Ia membentuk komunikasi di antara pengguna sistem kerana syarikat hanya perantara teknikal yang memberikan jaminan bayaran balik wang dan pengiraan saham pedagang tanpa campur tangan dalam isu-isu yang lain di antara pedagang dan pelabur.


Adakah akaun mata wang diperlukan untuk mendaftar dengan sistem PAMM?

Hanya akaun dolar AS boleh didaftarkan dengan sistem PAMM InstaForex. Jika anda tidak mempunyai akaun dolar AS, anda boleh membuka akaun secara atas talian di laman web syarikat.


Saya merupakan seorang pedagang PAMM dan saya telah menerima permohonan pelaburan. Apakah yang dimaksudkan dengan status "Menunggu Penyelarasan"?

Status "Menunggu Penyelarasan" bermakna pelaburan anda akan diproses secepat mungkin. Semua permohonan pelaburan akan diproses sekali dalam tempoh satu jam.


Saya merupakan seorang pedagang PAMM. Mengapa tidak ada peningkatan baki selepas saya menerima pelaburan baru?

Selepas anda klik "Terima pelaburan", status pelaburan akan berubah kepada "Menunggu Penyelarasan", ini menandakan bahawa anda perlu menunggu sebentar sehingga pelaburan masuk ke dalam akaun. Sekiranya terdapat pelaburan lain yang juga sedang menunggu penyelarasan, maka ia akan dimasukkan ke dalam akaun secara serentak.


Bolehkah anda memberikan menjamin bahawa pedagang PAMM tidak akan mengalami kerugian dan melenyapkan wang saya?

Sistem PAMM InstaForex tidak memberikan jaminan bahawa pengurus perdagangan PAMM hanya akan memberikan keuntungan. Ini bermakna anda perlu memastikan penyelarasan teknikal di antara pedagang dan pelabur, termasuk pemantauan akaun PAMM, penerimaan wang dan bayaran balik. Oleh itu, sistem menjamin perlindungan dana anda, ia tidak akan ditarik balik oleh pedagang PAMM. Selain itu, sistem ini akan memastikan bahawa anda boleh menarik balik pelaburan anda dari akaun pedagang PAMM pada notis yang singkat dalam masa 30-60 minit selepas membuat permohonan dibuat(bergantung kepada penyelarasan).


Bolehkah pedagang PAMM mengeluarkan dana yang telah saya laburkan?

Sistem PAMM InstaForex melindungi pelabur daripada risiko pengeluaran dana oleh pedagang PAMM. Seseorang pedagang PAMM itu hanya boleh mengeluarkan bahagiannya di dalam akaun PAMM yang tidak melibatkan perdagangan.


Adakah terdapat kemungkinan bahawa permohonan bayaran semula pelabur boleh menyebabkan stop out pada akaun pedagang PAMM?

Sekiranya saham pelabur di dalam akaun adalah melebihi daripada 90% dan terdapat beberapa daripada mereka atau hanya seorang pelabur, maka ia adalah mungkin. Walau bagaimanapun, sistem PAMM membolehkan anda menerima pelaburan dari beratus-ratus pedagang PAMM dan dana daripada beratus-ratus pelabur di dalam satu akaun perdagangan, oleh yang demikian, kemungkinan pengeluaran secara serentak adalah sangat rendah dan secara songsang berkadar dengan bilangan pelabur.


Bolehkah saya mendaftar akaun afiliasi dengan sistem PAMM?

Ya, anda boleh mendaftar akaun afiliasi dengan sistem PAMM, walau bagaimanapun perkhidmatan ini hanya disediakan untuk pelabur PAMM dan rakan niaga PAMM.


Di mana saya boleh melihat keuntungan semasa yang boleh saya keluarkan daripada akaun pedagang PAMM?

Pilih sistem PAMM di bahagian kabinet Pelanggan dan klik "Pelaburan Saya". Sila ambil perhatian bahawa pelabur hanya boleh mengeluarkan jumlah pelaburan KESELURUHAN. Jika anda bercadang untuk mengeluarkan sebahagian daripada pelaburan, anda perlu melabur jumlah yang berbeza bagi mmebolehkan anda membuat pengeluaran keuntungan secara berasingan.


Adakah khidmat pemberitahuan SMS tentang permohonan pelaburan baru percuma untuk pedagang PAMM?

Ya, perkhidmatan ini adalah percuma, walau bagaimanapun terdapat had 10 SMS untuk setiap tempoh 24 jam bagi satu akaun.


Bolehkah pelabur PAMM menerima komisen afiliasi dari pedagang PAMM yang didaftarkan dengan akaun afiliasi beliau?

Pada masa ini tidak ada sebarang sekatan ke atas penerimaan komisen afiliasi dari akaun PAMM. Walau bagaimanapun, akaun afiliasi ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat asas program afiliasi InstaForex.


Saya merupakan seorang pedagang PAMM, bolehkah saya menukar kadar komisen bagi pelabur saya?

Anda telah menetapkan kadar komisen sewaktu mendaftar dengan sistem PAMM. Ia boleh ditukar pada bila-bila masa di Kabinet PAMM, walau bagaimanapun ia hanya akan efektif untuk pelaburan baru. Selain itu, anda boleh menetapkan syarat-syarat, oleh yang demikian pelabur PAMM boleh memilih syarat-syarat melabur di dalam akaun PAMM anda yang paling dia gemari.


Saya adalah merupakan seorang pelabur PAMM, dan saya telah menghantar permohonan pelaburan kepada seorang pedagang PAMM. Beliau tidak memberikan sebarang jawapan sama ada permohonan saya telah diterima atau ditolak. Adakah permohonan pelaburan saya ini sah, dan bilakah pelaburan akan dikreditkan semula ke akaun perdagangan saya?

Sekiranya pedagang PAMM tidak aktif semasa 72 jam selepas menerima permohonan pelaburan, pelaburan akan dibayar semula kepada akaun pelabur PAMM anda secara automatik. Anda juga boleh mengeluarkan dana pelaburan anda jika ia tidak diterima oleh pedagang.


Bolehkah saya mengambil keuntungan saya dengan tidak mengeluarkan pelaburan?

Ya, anda boleh berbuat sedemikian. Untuk menerima sebahagian daripada keuntungan, sila memohon 'rollover'. Pilihan ini boleh didapati di bahagian Kabinet Pelaburan PAMM. Pilihan ini hanya aktif untuk pelaburan yang menguntungkan. Kedua-dua pedagang PAMM dan pelabur PAMM boleh menggunakan pilihan.


Apakah yang dimaksudkan dengan 'rollover' dalam sistem PAMM InstaForex?

Rollover adalah merupakan pilihan yang membolehkan anda mengambil keuntungan tanpa perlu membuat pengeluaran pelaburan. Apabila rollover diaktifkan, pelabur PAMM dan pedagang PAMM akan menerima keuntungan mereka mengikut nisbah peruntukan keuntungan.


Adakah mungkin bagi seseorang pedagang PAMM untuk menyahaktifkan perkhidmatan PAMM (mengeluarkan akaun dari senarai pemantauan)?

Di bahagian Kabinet Pelanggan, anda boleh mengaktifkan Menyingkirkan Akaun daripada fungsi pemantauan yang mana ia akan memadam akaun dari pemantauan. Jika anda ingin mendaftar di dalam sistem PAMM InstaForex sebagai pengguna lain (contohnya, pelabur PAMM dan bukannya Pedagang PAMM, atau sebaliknya), anda hanya perlu membuka akaun baru. Seseorang pelanggan itu boleh mendaftar seberapa banyak akaun dengan InstaForex.


Bolehkah saya melabur bonus dalam akaun pedagang PAMM?

Anda hanya boleh melabur 'Welcome bonus' 30% ke dalam akaun pedagang PAMM.


Data peribadi pedagang PAMM apakah yang disediakan kepada pelabur PAMM?

Pelabur PAMM boleh melihat maklumat yang berikut tentang pedagang PAMM dalam pemantauan: nombor akaun, nama projek, ICQ dan YM, dan nama dan e-mel daripada seorang pedagang jika dia ada menyatakan. Maklumat tambahan boleh didapati selepas melabur.


Data peribadi pelabur PAMM apakah yang disediakan kepada pedagang PAMM?

Pedagang PAMM boleh melihat bilangan akaun pelabur, nombor telefon dan e-mel yang berdaftar di dalam sistem PAMM.


Bolehkah akaun pedagang PAMM mendapatkan bonus?

Ya, pedagang PAMM boleh mendapatkan bonus.


Bolehkah akaun dengan bonus didaftarkan sebagai akaun pedagang PAMM? Dan apakah yang akan berlaku pada bonus itu?

Akaun dengan bonus boleh didaftarkan sebagai akaun pedagang PAMM. Bonus tidak akan dibatalkan dan akan disimpan sebagai dana Pedagang PAMM.


Jika pelabur menambah semula dana ke dalam akaunnya, menerima bonus dan kemudian melabur dana, adakah bonus akan dibatalkan?

'Welcome Bonus' tidak boleh dibatalkan. Anda dibenarkan untuk melabur bonus anda. Namun, jika bahagian tertentu bonus telah ditinggalkan dalam akaun selepas pelaburan, bahagian ini akan dibatalkan sehingga bayaran semula pelaburan dibuat.


Di mana pelabur boleh melihat kadar komisen yang ditetapkan oleh pedagang?

Di bahagian Pemantauan. Jika permohonan pelaburannya telah diterima, kadar komisen pedagang juga boleh didapati di bahagian Pelaburan Saya di Kabinet PAMM.


Bilakah wang yang didepositkan oleh pemegang akaun akan dipaparkan pada pemantauan akaun PAMM?

Secara puratanya, ia akan dapat dilihat dalam carta satu jam dan dalam tempoh 5-10 minit di senarai pemantauan.


DAdakah rakan niaga menerima komisen afiliasi bagi setiap perdagangan pelanggannya (bagi mereka yang menjadi pedagang PAMM) dengan dana yang dilaburkan?

Ya, mengikut prosedur biasa.


Bagaimanakah kerugian itu dibahagikan diantara pedagang dan pelabur? Adalah ia berkadaran dengan saham mereka yang mengambil bahagian dalam perdagangan atau mengikut peruntukan keuntungan?

Kerugian akan dibahagikan berkadaran dengan pelabur dan pedagang saham dalam akaun. Kadar komisen pedagang adalah tidak penting dalam kes ini.


Adakah terdapat kemungkinan bahawa statistik keuntungan daripada projek PAMM yang dipaparkan pada widget mungkin tidak bertepatan dengan data dalam senarai pemantauan PAMM?

Widget yang berbeza disediakan untuk pelanggan InstaForex. Sebagai contoh, terdapat widget yang memaparkan statistik keuntungan projek PAMM dari segi keseimbangan dan ekuiti manakala pemantauan dengan statistik akaun PAMM menunjukkan data ekuiti sahaja.


Berapa kerapkah maklumat pada widget projek PAMM dikemaskini?

Data statistik pada widget projek PAMM akan dikemas kini setiap satu jam. Oleh itu, mungkin akan terdapat sedikit perbezaan di antara data yang dipaparkan pada widget dan data dalam senarai pemantauan.


Bilakah dana yang dikeluarkan dari PAMM akaun akan tersedia untuk pemindahan dalam InstaWallet?

Dana yang dikeluarkan dari akaun PAMM akan tersedia 12 jam selepas dikreditkan ke dalam akaun anda.


Senarai topik
Sistem ForexCopy

Apa itu sistem ForexCopy?

Sistem ForexCopy menawarkan peluang untuk menyalin tawaran pedaagng dalam mod masa sebenar dan membuka mereka secara automatik di dalam akaun pengikut. Pengikut ForexCopy boleh melaraskan bilangan perdagangan, menetapkan nisbah pilihan lot dan instrumen perdagangan untuk menyalin tawaran daripada pedagang ForexCopy tertentu.


Bolehkah saya, sebagai pengikut ForexCopy, memilih instrumen dan saiz lot perdagangan untuk disalin ke akaun saya?

Ya, anda boleh berbuat sedemikian. Anda boleh menyalin kesemua perdagangan atau hanya berdagang pada instrumen yang anda pilih.


Bilakah pedagang ForexCopy akan menerima komisen untuk menyalin?

Komisen akan dibayar kepada Pedagang ForexCopy berdasarkan kepada perkara berikut:
- Apabila langganan dibatalkan oleh Pedagang ForexCopy atau Pengikut ForexCopy;
- Apabila fungsi rollover diaktifkan (sementara pedagang menyalin akan terus pada akaun Pengikut ForexCopy tanpa pembatalan langganan);
- Jika Pedagang ForexCopy memilih komisen harian, mereka akan menerimanya setiap hari pada jam 23:30 (GMT +2).


Bolehkah saya sebagai pengikut ForexCopy membatalkan perdagangan yang disalin jika saya menganggap ia berpotensi membawa kepada kerugian?

Anda boleh menutup di dalam MetaTrader, tetapi ia adalah satu perkara yang mustahil untuk membatalkannya.


Adakah aplikasi untuk langganan diluluskan secara automatik atau secara manual oleh pedagang ForexCopy?

Ia bergantung kepada pedagang ForexCopy sama ada mahu meluluskan permohonan untuk menyalin dagangannya secara automatik atau secara manual. Jika permohonan itu tidak diluluskan dalam tempoh 72 jam, ia akan dibatalkan secara automatik.


Berapa cepat perdagangan disalin dalam sistem ForexCopy?

Mungkin terdapat kelewatan maksimum 15 saat, tetapi pesanan disalin kebiasaanya sama dengan pembukaan akaun pedagang ForexCopy.


Mengapa senarai pilihan pasangan mata wang sangat sedikit?

Senarai ini mengandungi instrumen perdagangan yang paling popular sahaja. Jika anda memilih pilihan Semua Instrumen Perdagangan InstaForex, berdagang pada semua instrumen yang digunakan oleh pedagang akan disalin, termasuk niaga hadapan, saham, dan sebagainya.


Seorang pedagang ForexCopy telah mengubah komisen selepas saya melanggan tawaran beliau. Adakah saya perlu membayar komisen pada awal penetapan atau pada yang baru?

Anda akan membayar komisen pada awal persetujuan untuk membayar sehingga akhir tempoh langganan anda. Walau bagaimanapun, pengikut baru pedagang ForexCopy ini akan membayar komisen yang baru ditubuhkan.


Adakah perintah tetapan pengikut berubah jika seseorang pedagang itu mengubah perintah yang disalin?

Ya, tetapan perintah pengikut ForexCopy juga akan berubah.


Sekiranya pengikut ForexCopy tidak mempunyai wang untuk membayar komisen kepada pedagang ForexCopy, adakah ini bermakna pedagang tidak akan menerima langsung komisen?

Sekiranya pengikut ForexCopy tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar komisen kepada pedagang ForexCopy, kesemua dana itu akan didebitkan dari akaun beliau untuk membayar komisen. Jika masih terdapat sejumlah wang yang perlu dibayar, ia akan ditetapkan oleh sistem dan didebitkan dengan seberapa segera sebaik sahaja pengikut ForexCopy menambah semula dana ke adalam akaunnya, tidak lewat daripada 72 jam selepas tempoh langganan tamat.


Bolehkah saya berhenti melanggan tawaran daripada pedagang ForexCopy?

Ya, anda boleh berbuat sedemikian, dengan syarat anda menutup semua tawaran yang telah disalin dan masa ini terbuka di akaun anda.


Bolehkah pedagang ForexCopy berhenti melanggan pengikut ForexCopy daripada tawaran?

Ya, pedagang ForexCopy boleh berhenti melanggan pengikut ForexCopy dari tawaran itu dengan syarat semua tawaran disalin ke akaun pengikut itu ditutup, dan komisyen yang dibayar oleh pengikut adalah lebih daripada 0.


Bagaimana pesanan dagangan tertunda disalin ke akaun pengikut ForexCopy?

BPesanan dagangan tertunda akan disalin ke akaun pengikut ForexCopy apabila ia dilaksanakan pada akaun pedagang ForexCopy.


Adakah terdapat syarat-syarat mengenai baki minimum pengikut yang sepatutnya ada di dalam akaun sebelum dagangan menyalin?

Ya, pengikut ini perlu mempunyai sekurang-kurangnya $ 10 (tidak termasuk dana bonus) di dalam akaunnya sebelum dia boleh mula menyalin.


Senarai topik
Forex Options

Bilakah perdagangan option tersedia?

Perdagangan option boleh didapati mulai jam 00:01 (GMT + 02) Isnin hingga jam 23:50 (GMT + 02) Jumaat kecuali hari cuti pasaran Forex.


Adakah terdapat had harian pada pembelian option?

Tiada sebarang had dikenakan ke atas bilangan option atau jumlah nilai option setiap hari.


Akaun dalam apa mata wang apakah yang tersedia untuk pembelian option?

Perdagangan option boleh didapati untuk akaun dalam mata wang USD, EUR, RUB, Sen Amerika Syarikat, dan Peratus EUR.


Apakah nilai minimum dan maksimum option?

Nilai minimum dan maksimum option adalah $ 1 dan $ 1,000 untuk akaun USD, € 1 dan € 1,000 untuk akaun EUR, RUB 30 dan RUB 15,000 untuk akaun denominasi ruble, masing-masing. Untuk akaun denominasi sen, nilai minimum ialah 100 sen; dan nilai maksimum ialah 50,000 sen.


Dari mana harga option muncul?

Harga option adalah harga terbuka graf lilin dari pelayan InstaForex-USA akaun nyata.


Bolehkah saya membatalkan option yang telah dibeli?

Anda boleh membatalkan option yang telah dibeli 3 minit sebelum pengaktifan dengan bayaran 10%. Anda tidak boleh membatalkan option selepas ia diaktifkan.


Bagaimana jika harga pengaktifan adalah sama dengan harga penutupan?

Jika harga pengaktifan adalah sama dengan harga penutupan, option akan direkodkan sebagai kerugian kerana istilah yang dinyatakan tidak menjadi kenyataan.


Senarai topik
Soalan-soalan berkaitan pengesahan akaun

Apakah yang dimaksudkan dengan pengesahan akaun? Adakah saya layak untuk berdagang di akaun yang tidak disahkan?

Pengesahan bermakna pengenalpastian pelanggan. Ia akan melindungi akaun perdagangan anda sewaktu mendapatkan semula kata laluan atau maklumat sulit lain. Menurut Perjanjian Tawaran Awam InstaForex, pengesahan akaun dagangan adalah pilihan. Walau bagaimanapun, sesetengah tawaran istimewa InstaForex hanya boleh didapati untuk akaun yang telah disahkan. Prosedur pengesahan akaun tidak menjejaskan operasi dengan dana anda. Anda dialu-alukan untuk membuat pengesahan akaun pada bila-bila masa. Untuk mengesahkan akaun perdagangan anda, sila layari halaman ini dan menghantarkan salinan imbasan mana-mana dokumen, yang merujuk kepada personaliti anda.


Di manakah saya boleh membuat pengesahan akaun?

Anda boleh membuat pengesahan akaun anda di bahagian kabinet Pelanggan -> Tetapan Akaun -> Sahkan akaun.


Berapa lama masa yang diambil untuk pengesahan akaun?

Pengesahan akaun mengambil masa sehingga 72 jam waktu bekerja.


Adakah perlu untuk membuat pengesahan akaun?

Selaras dengan Perjanjian Tawaran Awam InstaForex, pengesahan akaun perdagangan adalah merupakan pilihan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tawaran syarikat yang hanya boleh didapati sekiranya akaun anda telah mendapat pengesahan.


Adakah proses pendepositan dan pengeluaran wang tersedia untuk akaun yang tidak disahkan?

Ya, anda boleh membuat pendepositan dan pengeluaran wang dari akaun yang tidak disahkan tanpa sebarang halangan.


Dokumen apakah yang diperlukan untuk pengesahan akaun?

Mana-mana dokumen yang merujuk kepada identiti anda diterima. Pasport (ID) atau lesen memandu adalah disyorkan.


Apa saiz minimum/maksimum salinan imbasan dokumen yang diterima untuk pengesahan?

Tiada saiz minimum untuk salinan imbasan dokumen. Walau bagaimanapun dokumen harus mempunyai kualiti yang tinggi, supaya data boleh dibaca dengan mudah. Saiz maksimum adalah 2 MB.


Saya menerima sepucuk surat yang memberitahu bahawa dokumen saya tidak diterima untuk pengesahan, apa yang perlu saya lakukan?

Dokumen ini tidak diterima untuk pengesahan sekiranya berlaku kes-kes seperti yang berikut: salinan imbasan dokumen berkualiti rendah. Anda menghantar dokumen yang tidak sesuai untuk pengesahan (tiada gambar atau nama penuh anda). Dokumen yang anda hantarkan sudah digunakan untuk peringkat pertama pengesahan.


Ralat berlaku semasa saya cuba untuk memuat naik dokumen, apa yang perlu saya lakukan?

Jika anda mendapat mesej ralat dan dokumen anda gagal untuk dimuat naik, sila hantar maklumat terperinci tentang ralat kepada support@instaforex.com, sila nyatakan nombor akaun anda dan melampirkan screenshot/paparan skrin halaman ralat itu. Anda juga boleh cuba untuk membuat pengesahan akaun anda dengan menggunakan satu lagi pelayar Internet.


Apakah kelebihan pengesahan akaun?

Jika anda telah melepasi kesemua peringkat pengesahan, anda boleh menggunakan perkhidmatan tambahan yang ditawarkan oleh pihak syarikat yang tidak tersedia untuk akaun yang tidak disahkan.


Saya telah membuat pengesahan akaun. Adakah pengesahan ini sah bagi akaun perdagangan baru?

Jika akaun perdagangan baru dibuka di laman web utama mengikut prosedur pendaftaran standard, dokumen untuk pengesahan hendaklah dikemukakan sekali lagi.

Sekiranya anda telah membuka akaun perdagangan baru melalui kabinet dan membuat pengesahan akaun di bahagian Pengurusan Akaun, pengesahan akan dilakukan secara automatik.


Senarai topik
Soalan-soalan umum

Berapa banyak saya akan dapat jika saya memulakan perdagangan di pasaran Forex dengan deposit minimum?

Ia bergantung kepada tahap pengalaman anda, pengetahuan dan kemahiran. Perdagangan Forex adalah sangat berisiko, dan anda perlu menanggung risiko itu dan menilai tahap profesionalisme anda. Keadaan perdagangan InstaForex membolehkan anda daripada pedagang baru menjadi pedagang yang berpengalaman.


Apakah yang dimaksudkan dengan tahap sokongan dan rintangan?

Tahap sokongan adalah tahap harga yang lebih rendah daripada kadar semasa, yang mana majoriti pelabur percaya bahawa harga akan bergerak lebih tinggi.

Tahap rintangan ialah tahap harga yang lebih tinggi daripada kadar semasa, yang mana majoriti pelabur percaya bahawa harga akan bergerak lebih rendah.


Apa itu trailing stop?

Apabila anda menetapkan perintah trailing stop (sekurang-X pip), platform tidak akan membuat apa-apa sehingga perdagangan anda membawa kepada keuntungan dalam jumlah X pips (kadar trailing stop anda). Kemudian platform akan menetapkan kedudukan Stop Loss X pip jauh dari harga semasa (dalam kes ini ia adalah titik pulang modal). Jika harga pasaran menaik, tahap stop loss juga akan bergerak naik secara berkadaran. Jika harga pasaran menurun, tahap stop loss akan kekal. Ini bermakna bahawa trailing stop loss mengikut harga semasa pada jarak X pips. Dengan cara ini, pedagang boleh menghadkan kemungkinan kerugian tetapi tidak menghadkan keuntungan. Oleh itu, trailing stop adalah algoritma kawalan stop loss: "ia membenarkan harga untuk membuat keuntungan." Perhatian! Trailing stop hanya berfungsi apabila platform perdagangan disambung kepada pelayan melalui Internet.


Apakah yang dimaksudkan dengan angka keuntungan atau pergerakkan harga?

Angka keuntungan adalah 100 pip keuntungan. Angka pergerakan harga adalah pergerakan 100 pips. Nombor genap juga dirujuk kepada angka. Sebagai contoh: "EURUSD menembusi ke angka tujuh belas" bermaksud bahawa kadar harga telah melebihi tahap 1,1700.


Apakah waktu operasi bursa saham?

Sesi dagangan akan dibuka pada jam 22:00 (GMT + 00) Ahad dan ditutup pada jam 22:00 (GMT + 00), Jumaat.


Berapa banyak pelayan perdagangan yang Syarikat InstaForex gunakan dan di kawasan mana ia terletak?

Sistem perdagangan InstaForex terdiri daripada 7 pelayan perdagangan untuk akaun nyata dan 1 pelayan perdagangan untuk akaun demo. Ketujuh-tujuh pelayan perdagangan ini akan mengagihkan beban oleh sistem pusat data perantaraan yang terletak di seluruh dunia. Oleh itu, sistem pada 7 pelayan ini akan membolehkan setiap pelanggan mempunyai sambungan yang kuat dan cepat ke pusat perdagangan. Sekiranya salah satu daripada pusat-pusat data perantaraan ini mempunyai lebihan bebanan, terminal pelanggan secara automatik akan beralih kepada pusat data yang mempunyai kurang bebanan.

Pelayan perdagangan InstaForex di A.S. mempunyai 5 pusat data dan berfungi untuk membantu pelanggan di seluruh dunia, terutama dari Eropah, Amerika dan Rusia. Inovasi teknikal yang kuat dan saluran data yang boleh dipercayai disediakan oleh salah seorang penyedia America terbaik dan menjadikan pelayan perdagangan InstaForex di A.S. popular di kalangan pelanggan dari Eropah dan Amerika.

Pelayan perdagangan InstaForex di Singapura (111.235.136.17:443) mempunyai 2 pusat data dan digunakan oleh pelanggan syarikat dari negara-negara Timur Tengah dan Asia Selatan. Akses masa yang singkat kepada pelayan menjadikan ia sesuatu yang menarik untuk pelanggan Asia, yang menghargai kelajuan perdagangan. Dua pusat data yang disenggarakan oleh pembekal utama pusat kewangan Asia yang terbesar - Singapore - mengagihkan beban pada pelayan perdagangan bagi menjamin akses secara berterusan.

Tanpa mengambil kira lokasi tempat tinggal, pelanggan InstaForex baru boleh memilih salah satu daripada tujuh pelayan perdagangan syarikat bergantung kepada pilihan mereka. Setiap pelayan perdagangan InstaForex adalah alat yang boleh dipercayai untuk menguruskan pelaburan anda melalui Internet dan perbezaan dalam masa akses pelayan di seluruh dunia tidak melebihi 0.2 saat. Ramai pelanggan membuka beberapa akaun pada pelayan yang berbeza dan mendapatkan peluang untuk menilai kualiti setiap pelayan ketika menjalankan aktiviti perdagangan.


Adakah Syarikat InstaForex menyediakan perkhidmatan ECN broker?

Syarikat InstaForex adalah merupakan sebuah broker forex antarabangsa atas talian yang menawarkan para pelanggannya denganpelbagai instrumen universal untuk berdagang di pasaran Forex, termasuk perkhidmatan ECN. Ketahui lebih lanjut mengenai aktiviti ECN di halaman khas laman web syarikat.


Senarai topik
We invite you to start trading with No Deposit Bonus