empty
 
 
22.05.2020 10:38 AM
Analisis dan ramalan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Mei, 2020

Salam sejahtera pedagang yang dikasihi!

Mari kita ramalkan prospek penutupan minggu ini dan merumuskan beberapa hasil sementara. Namun, sebagai permulaan, saya ingin perhatikan bahawa indeks aktiviti perniagaan semalam bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan di zon Eropah dan Amerika Syarikat (AS) telah melebihi jangkaan ahli ekonomi dan keluar di zon hijau. Hari ini, terdapat sedikit peristiwa yang boleh mempengaruhi dinamika harga pasangan mata wang utama di pasaran Forex. Kecuali untuk laporan dasar kewangan ECB, yang akan diterbitkan pada jam 12:30, waktu London. Dalam hal ini, pasangan mata wang EUR/USD berkemungkinan akan dipengaruhi oleh faktor teknikal, serta berita dan (atau) komen yang berkaitan dengan topik COVID-19.

Carta Harian

This image is no longer relevant

Seperti yang dapat dilihat pada carta harian, pada akhir tempoh lima hari semasa, pasangan mata wang Euro/Dolar AS tekah bersedia untuk membuat pembetulan terhadap pertumbuhan sebelumnya. Kemungkinan ini ditunjukkan oleh graflilin semalam, yang dapat dikategorikan sebagai model "shooting star".

Kenaikkan euro gagal menutup tiga sesi harian berturut-turut di atas Exponential Moving Average (hitam) 89, yang mempersoalkan kesahihan penembusan eksponen ini. Juga semalam, tahap teknikal dan psikologi ikonik 1.1000 diuji untuk penembusan, tetapi pemain gagal menolak harga di atas tahap 1.1008. Hari ini akan menjadi sangat penting. Tugas minimum aliran menaik pasangan mata wang EUR/USD adalah mengekalkan harga dalam indikator Ichimoku cloud dan tidak membiarkannya jatuh dari bawah. Pilihan yang ideal adalah menutup dagangan hari ini dan sepanjang minggu di atas tahap 1.1000, tetapi tugas ini amat sukar, terutama jika tidak ada pemacu pertumbuhan yang serius.

Aliran menurun perlu membina kejayaan semalam dan mula memainkan semula model pembalikan analisis graflilin "shooting star". Sekiranya berjaya, sebut harga mungkin jatuh ke tahap 1.0895-1.0875, di mana tahap rintangan yang ditembusi, garis Tenkan, Simple Moving Averages 50, dan Kijun. Pada pendapat saya, pasangan mata wang ini dapat mencari sokongan yang baik di kawasan yang dipilih dan kembali ke arah menaik. Sekiranya ini tidak berlaku, momentum kenaikan harga dapat dianggap selesai dan disesuaikan untuk dinamika penurunan pasangan mata wang utama.

Saya percaya bahawa penembusan dan penetapan harga di atas 1.1000 akan menjadi masa yang tepat. Ramai yang percaya bahawa Dolar AS mengekalkan kedudukan utama dalam pasaran pertukaran asing dalam konteks pandemik COVID-19. Lebih-lebih lagi, "Amerika" mendapat permintaan yang baik sebagai mata wang rizab utama dunia dan sebagai mata wang 'dafe-haven'. Saya akan menulis lebih banyak mengenai perkara ini dalam artikel yang akan diterbitkan pada hari Isnin.

Carta 4 Jam

This image is no longer relevant

Kami melihat bahawa selepas harga ditetapkan di atas garis rintangan kelabu 1.1146-1.11017, pasangan mata wang ini kembali ke bawah garis ini. Ini adalah isyarat negatif untuk aliran menaik, kerana jika tiga graflilin berturut-turut ditetapkan di bawah garis, maka penembusan harga harus diakui sebagai palsu dan penjualan akan dipertimbangkan semasa pemulangan harga ke garis kelabu. Namun, ini bukan fakta bahawa ini akan menjadi jelas hari ini, dan memasuki pasaran sejurus sebelum ditutup bukanlah idea perdagangan terbaik.

Namun, bagi mereka yang ingin berniaga hari ini, kami akan mempertimbangkan kedua-dua pilihan tersebut. Saya boleh mengesyorkan pembelian berisiko dan agresif dari tahap semasa 1.0925. Adalah kurang berisiko untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang ini setelah penurunan jangka pendek di zon harga 1.0895-1.0880. Walau bagaimanapun, pesanan ini hanya relevan jika pasangan mata wang Euro/Dolar tidak ditetapkan di bawah tahap utama lain dari 1.0900.

Mengenai penjualan, saya telah memperhatikan kemungkinan penarikan semula harga ke garis rintangan kelabu, jika pasangan mata wang ini berada di bawahnya. Anda harus memikirkan untuk membuka pesanan pada harga yang lebih menarik setelah ia naik ke kawasan harga 1.0990-1.1015, tetapi hanya jika terdapat penurunan graflilin atau model yang terdiri daripada beberapa lilin.

Sebagai kesimpulan, saya ingin mengingatkan anda bahawa hari ini adalah hari dagangan terakhir dalam minggu ini, oleh itu, saya tidak mengesyorkan kepada anda untuk menetapkan matlamat besar dan memindahkan pesanan ke hari Isnin. Ini adalah merupakan tindakan yang berisiko.

Semoga berjaya!

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $8000 lebih lagi!
    Dalam Mac kami membuat cabutan bertuah $8000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget