empty
 
 

Penanda teknikal Keltner Channel telah dibangunkan oleh Chester W. Keltner pada 1960 dan yang pertama diperkenalkan dalam bukunya "How To Make Money in Commodities".Kemudian Linda Bradford Raschke menerbitkan modifikasi untuk Keltner Channel menyediakan lebih data analisis.Hari ini pelbagai jenis penanda digunakan dalam perdagangan.

Formula

KC Middle = MA(Harga, n, Jenis),

Atas KC = KC Middle + MA(ATR, n, Jenis) * Dev,

Rendah KC = KC Middle - MA(ATR, n, Jenis) * Dev, dimana


Harga - harga dalam tempoh semasa (tutup, buka, etc.);

ATR - the Average True Range;

Dev - faktor penyimpangan.

Pengunaan Perdagangan

Penanda aliran Keltner Channel mempunyai struktur yang sama seperti Bollinger Bands, Donchian Channel, Silver Channel, dan pelbagai penanda yang beroperasi dengan harga yang melampau.

Kedua-dua isyarat jual dan beli dalam penanda dihasilkan oleh harga yang bergerak dalam saluran untuk tempoh masa yang panjang dan kemudiannya ditembusi.Oleh itu,waktu yang paling baik untuk memasuki pasaran pada penembusan ialah situasi dimana badan graf bar lilin,yang memberikan isyarat,secara menyeluruh meliputi band atas atau band rendah pada Keltner Channel.Dalam hal ini pedagang boleh mengatasi banyak isyarat yang salah.Saiz dan bentuk pada badan graf bar lilin tidak penting.Keseluruhan badan graf bar lilin perlu bersilang dengan saluran.

Satu daripada situasi dagangan yang efektif dengan Keltner Channel ialah untuk menggunakan rangka masa yang tinggi.Bilangan isyarat yang salah dalam rangka masa yang rendah meningkat pada penembusan saluran band.Dalam usaha untuk mengeluarkan kesan yang negatif,ianya dicadangkan untuk menggunakan penanda teknikal atas rangka masa H1.

Salah satu keperluan yang penting untuk Keltner Channel ialah menyaring isyarat yang dijana ketika penembusan saluran harga.Dalam konteks ini,penanda perlu diuji dengan teliti dalam usaha untuk memilih cara penyaringan yang terbaik.Walaubagaimanapun,salah satu daripada pilihan terbaik ialah untuk menggunakannya dengan penanda aliran yang kuat yang dikenali sebagai ADX:

  • Pedagang perlu beli apabila isyarat penembusan pada saluran atas berlaku dengan ADX atas tahap 30;
  • Pedagang perlu jual apabila isyarat penembusan pada saluran rendah berlaku dengan ADX atas tahap 30.

Pendanda Keltner Channel ialah kurang efektif untuk menentukan saat posisi penutupan,maka ianya dicadangkan bahawa pedagang menggunakannya sebagai penanda aras untuk posisi pembukaan.

Saluran Keltner: apa itu?

InstaForex Keltner Channel Parameters

MA_period = 10

Mode_MA = 0

Price_Type = 5

Muat Turun


Kembali kepada senarai
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget