empty
 
 

Pasaran Forex (pasaran FX) adalah merupakan pasaran pertukaran mata wang antara bank. Forex adalah istilah yang digunakan untuk pertukaran mata wang sahaja, bukan mewakili bagi kesemua jenis operasi mata wang. Operasi pasaran mata wang boleh didagangkan, spekulatif, melindungi nilai atau peraturan.

Terima kasih kepada pembangunan jaringan global yang pesat, pasaran Forex menawarkan peluang sebenar untuk setiap orang tanpa mengira umur. Hanya akses Internet dan platform dagangan sahaja yang diperlukan.

Mengenai Forex

Pada bulan Ogos 1971, Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon cuba sedaya upaya untuk mengelak dari kebolehtukaran percuma dolar AS kepada emas, dan pada bulan Disember 1971 Perjanjian Smithsonian telah ditandatangani di Washington, berdasarkan pada 1% kadar mata wang turun naik berbanding dolar AS telah digantikan kepada 4.5% (untuk 9% pasangan mata wang yang bukan terdiri daripada dolar AS). Ini telah menjadikan pengakhiran kepada sistem kadar mata wang tetap. Pembaharuan ini disasarkan untuk pengubalan dasar harga emas yang lebih liberal. Sebelum perubahan kadar mata wang stabil berikutan ketetapan emas, walau bagaimanapun, harga emas yang tidak menentu selepas itu telah membawa kepada keraguan kadar mata wang yang tidak dapat dielakkan. Akibat daripada peristiwa ini, terhasillah aktiviti baru - dagangan mata wang, apabila kadar pertukaran tidak lagi bergantung pada kesamaan nilai emas dan mata wang, tetapi ia bergantung pada bekalan dan permintaan pasaran dalam mata wang ini. Pada bulan Januari, 1976 semasa mesyuarat menteri-menteri negara IMF di Kingston, perjanjian baru mengenai sistem mata wang antarabangsa telah ditandatangani dalam bentuk pindaan kepada Artikel Perjanjian IMF. Beberapa buah negara enggan menetapkan nilai mata wang negara kepada dolar AS atau emas. Walau bagaimanapun, hanya pada tahun 1978 telah dibenarkan secara rasmi oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Dari saat itu, kadar mata wang yang tidak menentu telah menjadi prinsip pertukaran mata wang.

Sistem matawang baru adalah tidak berdasarkan pada penentuan kapasiti pembelian wang atas alasan nilai emas yang setaraf dengannya. Wang negara - peserta perjanjian - berhenti untuk mendapatkan nilai rasmi emas. Bursa mula menjalankan pasaran mata wang bebas pada harga yang fleksibel.

Penubuhan sistem kadar yang tidak menentu telah membawa kepada penerimaan hak bank-bank pusat untuk mempengaruhi kadar mata wang dan keadaan ekonomi di negara ini dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu.

Pengimport, pengeksport dan institusi bank yang menyokong mereka telah menjadi peserta tetap pasaran mata wang sebagaimana kecairan kadar mata wang kini boleh dilihat di dalam laporan kewangan sama ada ia positif atau negatif.

Jumlah dagangan harian di dalam Pasaran Forex:

Tiada angka yang tepat, sebagaimana pasaran ini adalah merupakan over-the-counter, dan tiada tetapan pendaftaran dan penerbitan data operasi. Pada tahun 2005-2006 perolehan pasaran Forex harian telah berubah dengan anggaran yang berbeza dalam julat 2-4 trillion dolar AS. Sebahagian daripada perolehan ini dihasilkan oleh dagangan marginal yang mana ia telah membolehkan menjalankan kontrak untuk jumlah yang melebihi dana sebenar pihak monetari.Berdasarkan pada sifat dan sasaran operasi, perolehan yang besar menjanjikan kecairan mata wang yang tinggi di dalam pasaran Forex..

Kaut keuntungan di dalam Pasaran Forex:

Terdapat pelbagai iklan di Internet mengenai cara-cara untuk memperoleh keuntungan di pasaran Forex, walau bagaimanapun, seseorang itu perlu mengambil kira bahawa penglibatan dalam bidang ini bukanlah suatu pekerjaan sepenuh masa dan tidak mempunyai gaji yang tetap. Anda boleh menentukan pendapatan anda sendiri, bergantung pada kerugian atau keuntungan anda. Perdagangan ini berkait rapat dengan permulaan modal dan risiko yang tidak dapat dielakkan.

Dagangan marginal di dalam pasaran Forex mempunyai beberapa perbezaan: tiada tangga kerjaya, tiada modal permulaan yang besar, operasi adalah sama dan tidak memerlukan pendidikan yang berterusan, kadar hasil yang berpotensi atau risiko kerugian adalah tinggi. Ini adalah merupakan ciri-ciri dagangan marginal yang menarik untuk memulakan aktiviti bursa saham dengan bajet permulaan yang kecil.

Anda boleh menyesuaikan diri anda dengan pasaran perdagangan melalui akaun demo. Untuk tujuan itu anda hanya perlu memilih broker yang menarik minat anda, muat turun platform dagangan dan mendaftar di akaun demo. Setiap dagangan boleh memberikan pulangan kepada anda sama ada hasil atau kerugian. Untuk menjadikan keuntungan melebihi kerugian, apa yang anda perlu lakukan adalah mengkaji pasaran FX dan nuansa dagangan. Lebih cepat anda memahami peraturan pasaran mata wang, maka, anda akan menjadi seorang pedagang yang berjaya.

Kembali ke senarai artikel
Buka akaun
Buka akaun
Wang deposit
Wang deposit
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget