empty
 
 

Syarikat InstaForex dengan bangganya memaklumkan kepada anda semua mengenai salah satu majlis Forex 2012 yang berprestij – Majlis Makan Malam Perdana 2012. Majlis yang gilang gemilang ini telah berlangsung di Hotel Istana, bertaraf lima (5) bintang di Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2012 yang lalu, menarik lebih daripada 750 orang jemputan dari seluruh pelusuk negeri.

Seorang tetamu istimewa telah dijemput pada Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2012, merupakan seorang yang terkenal kerana kepakaran beliau dalam dagangan matawang dan juga telah berjaya mengaut berjuta-juta keuntungan di Forex – Ahmad Ariff. Dalam ucapannya, beliau memberitahu tetamu mengenai kerjayanya dan berkongsi rahsia kejayaan perdagangan beliau. Topik yang dibincangkan telah berjaya menarik perhatian ramai tetamu, sesi soal jawab berkisar pada topik teknologi dagangan terkini, keutamaan dari segi analisis pasaran dan beberapa strategi dagangan yang mungkin sesuai bagi semua orang.

Pada Majlis Makan Malam Perdana 2012 bertempat di Kuala Lumpur, pelbagai hadiah lumayan telah di tawarkan antaranya ialah: Telefon pintar multimedia Iphone4, Galaxy Tab 10, 1 planchet PC, iPad 3, Wi-Fi tablet dan TV LCD 32". Terdapat juga beberapa orang tetamu yang bernasib baik menerima akaun dagangan termasuklah hadiah utama – bonus akaun sebanyak $ 7,000.

Syarikat InstaForex juga berbesar hati memberikan pelbagai cenderahati berupa barangan jenama syarikat kepada tetamu sebagai tanda penghargaan di atas kepercayaan dan kesetiaan pelanggan terhadap syarikat InstaForex.

Majlis Makan Malam Perdana tahunan kali kedua yang berlangsung di Kuala Lumpur merupakan satu kejayaan yang besar; kesemua tetamu yang hadir amat berpuas hati. Pada majlis makan malam itu, para pedagang yang hadir mempunyai pengalaman yang berbeza sekaligus mereka mempunyai peluang untuk berkomunikasi secara konstruktif dalam suasana yang menarik. Aturcara majlis makan malam membolehkan wakil komuniti perdagangan untuk membincangkan isu-isu hangat sambil menikmati hidangan yang disediakan dari Syarikat InstaForex sementara artis terkenal Malaysia mendendangkan lagu-lagu yang mengasyikan.

Syarikat InstaForex mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua tetamu yang hadir pada Majlis Makan Malam Perdana 2012 di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Kami amat teruja untuk berjumpa dengan anda sekali lagi pada Majlis Makan Malam Perdana di Kuala Lumpur pada tahun hadapan!

loader

Photo Gallery


Acara sebelumnya

Mulakan langkah pertama menuju matlamat anda
Buka akaun
Kembangkan kemahiran dagangan anda tanpa perlu merisikokan wang anda
Pembukaan akaun demo


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget