empty
 
 

InstaForex telah mengadakan persidangan perniagaan tahunan – Majlis Makan Malam Perdana 2014. Semua jemputan yang terlibat dengan pasaran forex - broker, komoniti forex, pedagang ternama dan pelabur – telah berkumpul pada majlis yang gilang-gemilang ini di Malaysia. Persidangan tersebut telah diadakan pada 11 Oktober di Hotel Royal Chulan, salah satu daripada hotel terkemuka dan mewah di Kuala Lumpur. Sekitar 800 jemputan, termasuk 100 orang VIP, telah menghadiri majlis ini. Rakan niaga serta pelanggan InstaForex yang terdiri daripada negeri-negeri berikut seperti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Pahang, Kedah, Perak, Penang, Terengganu telah dibawa ke majlis ini dengan menggunakan bas mewah.

Majlis Makan Malam Perdana 2014 adalah acara unik yang menyatukan pedagang-pedagang, pakar, pelabur - semua mereka yang terlibat didalam dunia forex- dan menyediakan komunikasi yang berharga serta menyenangkan. Majlis makan malam ini telah disajikan dengan suasana yang baik. Tetamu berbincang mengenai topik-topik yang berkaitan dengan dunia perniagaan dan telah pun berkongsi beberapa maklumat sesama mereka. Persidangan tersebut telah dapat membantu tetamu-tetamu yang hadir untuk meluaskan lagi rangkaian kenalan dan juga mencari rakan perniagaan yang baru.

Komunikasi dengan rakan-rakan bukanlah segala-galanya yang membuatkan majlis ini meriah. Majlis Makan Malam 2014 telah disajikan dengan kekayaan budaya serta program yang menghiburkan. Selepas pendaftaran peserta berakhir, cabutan bertuah yang pertama yang menyediakan alat-alat peranti yang mewah serta sijil wang telah pun diadakan. Secara keseluruhannya, terdapat 4 cabutan bertuah. Dipertengahan waktu, tetamu Majlis Makan Malam 2014, boleh berkaraoke. Selain itu, pelawak terkenal Malaysia En. Helmi juga telah menghiburkan para tetamu yang hadir. Komunikasi yang mesra, cabutan bertuah dan program yang menghiburkan serta kekayaan budaya yang diadakan didalam acara tersebut tidak membuatkan tetamu berasa bosan - mereka berkongsi emosi dan memperlihatkan hadiah yang mereka perolehi daripada cabutan yang telah dilakukan oleh pihak broker. Jumlah keseluruhan hadiah mencecah $25,000. Mereka yang bertuah telah pun menerima iPhone 5s, Samsung Galaxy S5, iPad mini, Sony Xperia Z1, LED TV 40' dan sepuluh sijil berjumlah $500, empat sijil berjumlah $1,000, dua sijil berjumlah $2,000 dan satu sijil berjumlah $8,000 setiap satu.

Tambahan pula, pemenang kempen bermusim telah pun menerima kunci kereta Proton Inspira. Secara keseluruhannya, acara tersebut adalah sangat produktif dan bertaraf tinggi serta membuatkan ianya sebuah acara yang nyata didalam dunia perniagaan.

Ketika meninggalkan Royal Chulan Damansara yang mewah ini, pedagang-pedagang, pelanggan dan juga rakan niaga InstaForex telah membawa pulang cenderahati daripada InstaForex beserta emosi yang positif dan maklumat yang berguna.

Photo Gallery


Acara sebelumnya

Mulakan langkah pertama menuju matlamat anda
Buka akaun
Kembangkan kemahiran dagangan anda tanpa perlu merisikokan wang anda
Pembukaan akaun demo


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget