empty
 
 

Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2017

Kami telah melakukan pelbagai jenis persediaan dan menanti malam yang penuh gilang-gemilang ini dengan rasa tidak sabar. Kini apabila ia berakhir, kami ingin berkongsi prespektif kami mengenai majlis makan malam tersebut dengan anda.

Majlis Makan Malam pada tahun ini,merupakan majlis ulang tahun ke -10 syarikat kami, kami cuba untuk menggembirakan para tetamu dan kakitangan kami.

Grand Dinner 2017

Sejak dari awal lagi kami telah menyediakan pelbagai jenis bonus dagangan dan hadiah untuk setiap tetamu yang hadir. Di dewan Majlis Makan Malam Perdana kami telah menyediakan beberapa kawasan bergambar yang agak popular. Sepanjang majlis berlangsung, sesiapa sahaja boleh mencetak foto dan berkongsi dengan rakan baru mereka. Sepanjang ruang legar dewan ini telah di penuhi dengan pelbagai jenis permainan termasuk simulasi kereta lumba F1, bola sepak meja, bola keranjang, dan memanah. Para tetamu yang hadir berasa amat gembira untuk menikmati permainan yang telah disediakan.

Sementara itu, DJ Nikki turut memeriahkan suasana dewan dengan lagu-lagu trek yang menghiburkan.

Pada malam majlis makan malam tersebut telah di penuhi dengan suasana yang ceria serta senyuman yang tidak lekang dari bibir para tetamu yang hadir.

Grand Dinner 2017

Para tetamu berkongsi gambar mereka di media sosial dengan hashtag utama # InstaGD17. Pemenang bertuah untuk alat peranti moden baharu, iPhone 7 telah ditentukan berdasarkan gambar yang mendapat “like” terbanyak akan di pilih sebagai pemenang.

Sergey Aleksandrov dan Aleksandr Goryunov,wakil dari pejabat pusat, telah muncul di pentas yang sama bersama band rock terkenal Khalifah. Lebih 1,100 orang yang telah menonton video persembahan mereka.

Bintang yang tidak asing lagi dari program hiburan Andrew Lee telah membuat pertunjukan silap mata yang memukau serta mendapat perhatian sepenuhnya dari para penonton dan mendapat tepukan gemuruh dari para tetamu yang hadir.

Pada keesokan harinya, lebih daripada 400 status dimuat naik di rangkaian sosial untuk berkongsi kegembiraan mereka bersama kami dalam majlis makan malam tersebut.

Seperti kelaziman, InstaForex telah mengadakan cabutan bertuah sebagai acara selingan yang menawarkan hadiah lumayan berupa sijil bonus perdagangan, telefon pintar keluaran Apple dan Samsung, komputer riba, dan TV Curved Samsung. Walau bagaimanapun, acara kemuncak yang paling dinanti-nantikan oleh semua peserta pada Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2017 ialah cabutan bertuah di kalangan tetamu VIP. Dua pelanggan VIP InstaForex yang bertuah telah memenangi tiket pelayaran kabin mewah ke Thailand untuk 3 hari 2 malam.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis makan malam bersama kami. Kami amat berbesar hati untuk bertemu dengan anda sekali lagi pada masa akan datang.


loader

Photo Gallery



Acara sebelumnya


Mulakan langkah pertama menuju matlamat anda
Buka akaun
Kembangkan kemahiran dagangan anda tanpa perlu merisikokan wang anda
Pembukaan akaun demo


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget