empty
 
 

Pada 22 April 2017, Majlis Makan Malam 2017 Pedagang InstaForex Penang serantau pertama telah dijalanakan dengan penuh jayanya.

Pada hari kejadian tersebut, hampir seramai 100 pelanggan InstaForex berkumpul di Hotel mewah Eastern dan Oriental bagi membincangkan isu-isu perdagangan yang penting serta bergaul dengan indivdu yang berfikiran terbuka. Suasana yang begitu unik pada malam perjumpaan itu telah membangkitkan semangat kekitaan di kalangan semua tetamu.

Majlis Makan Malam Pedagang InstaForex Pulau Pinang merangkumi:

Pedagang dari seluruh Pulau Pinang
Suasana yang menyenangkan dan kenalan baru
Acara cabutan bertuah dan pelbagai persembahan menarik
Sifu Forex dan Artis yang terkemuka

Tetamu jemputan kehormat di majlis makan malam Forex itu guru Ridzuan Rahman, seorang pedagang yang berjaya membuat kemajuan yang luar biasa dalam bidang kerjaya beliau. Beliau berkongsi kepakaran serta strategi dan teknik di mana sesiapa sahaja boleh ,menggunakannya dalam dagangan harian mereka.

Lebih banyak kejutan yang menarik masih belum dipertontonkan dalam bahagian hiburan. Persembahan yang menakjubkan oleh bintang pop Malaysia Aida Elias telah menarik minat para penonton dengan begitu meriah sekali. Selain itu, pengurus InstaForex telah menganjurkan beberapa hadiah yang menarik. Antara hadiah tersebut seperti $ 2,000, $ 1,000 dan $ 50 untuk jumlah akaun bonus, peranti mudah alih berjenama Samsung, TV berjenama Samsung dan komputer riba Acer.

Acara kemuncak pada malam itu ialah pemenang Cabutan Bertuah Utama dikalangan peserta bersama pendaftaran VIP. InstaForex menawarkan pakej pelayaran terbuka bagi dua orang dari Star Cruise. Ini merupakan buat pertama kali cabutan hadiah bertuah berupa hadiah yang begitu menarik. Tidak hairanlah sekiranya para tetamu serta kakitangan syarikat begitu teruja dengan pakej tersebut .

Pihak kami telah menyediakan satu lagi kejutan untuk semua pelanggan VIP. Pada awalnya, pihak kami telah menyatakan bahawa semua kunci bilik mewah di Hotel Eastern dan Oriental akan diberikan kepada 10 pedagang yang pertama mendaftar sebagai tetamu VIP. Hakikatnya, bilik kelas pertama itu telah siap ditempah khas untuk semua tetamu VIP. Pihak kami memastikan bahawa setiap peserta akan menerima hadiah yang tidak akan dapat dilupakan.

Pasukan InstaForex berterima kasih kepada semua tetamu di Majlis Makan Malam 2017 Pedagang InstaForex Penang. Pihak kami tidak sabar-sabar untuk mengalukan anda di majlis kami yang selanjutya!

ifx.malaysia

Kami kini di Instagram
0

Photo Gallery


Mulakan langkah pertama menuju matlamat anda
Buka akaun
Kembangkan kemahiran dagangan anda tanpa perlu merisikokan wang anda
Pembukaan akaun demo


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget